TAPAK ARKEOLOGI KAMPUNG PENGKALAN PASIR: ISU PENTARIKHAN CANDI PENGKALAN PASIR (TAPAK 31) DAN ANALISIS SERAMIK (PENGKALAN PASIR ARCHEOLOGICAL SITE: PENGKALAN PASIR TEMPLE DATING ISSUES (SITE 31) AND CERAMIC ANALYSIS)

Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Muhammad Shafiq Mohd Ali, Junko Mori

Abstract


Abstrak

Kampung Pengkalan Pasir merupakan salah satu kawasan yang mempunyai tapak arkeologi yang terkait dengan zaman protosejarah di mana tinggalan sebuah candi yang dibina dengan menggunakan batu laterit dan bata telah ditemui di kawasan ini. Kajian berkenaan dengan taburan seramik asing di Kampung Pengkalan Pasir ini masih belum dilakukan secara terperinci yang mana jumpaan seramik Dinasti Song hanya dilaporkan oleh Dorothy dan Quaritch-Wales ketika ekskavasi dijalankan di Candi Pengkalan Pasir (Tapak 31). Jumpaan pelbagai jenis seramik asing di Kampung Pengkalan Pasir telah memberikan sedikit gambaran tentang kronologi tapak Kampung Pengkalan Pasir yang dipercayai sudah aktif sejak abad ke-13 Masihi. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Sullivan menggangap bahawa Candi Pengkalan Pasir berunsur ajaran Buddha dengan jumpaan arca tembaga Buddha dan arca teratai yang diperbuat dari tembaga yang diberi gambaran seperti Avalokitesvara ataupun ciri Dewi Tara dianggap dapat menyelesaikan isu fungsi candi ini. Analisis terhadap jumpaan pelbagai jenis seramik di Kampung Baru menunjukkan bahawa seramik ini berasal dari zaman yang dapat dikenal pasti adalah T’ang-Song, Song, Song-Yuan, Song-Yuan-Ming, Yuan-Ming awal dan juga Parsi mewakili abad ke-8 hingga 10 M. Jenis seramik yang paling banyak ditemui adalah daripada jenis celadon dan tembikar batu manakala whiteware, Qing-Pai dan seramik Parsi ditemui dalam kuantiti yang kecil. Analisis seramik asing ini membuktikan bahawa tapak Kampung Pengkalan Pasir sudah aktif digunakan sejak abad ke-8 Masihi lagi dan secara tidak langsung menunjukkan juga bahawa tapak Kampung Pengkalan Pasir berperanan sebagai jeti yang banyak dibina di sepanjang Sungai Muda untuk menampung kesibukan pelabuhan entrepot Kedah Tua.

 Kata kunci: Sungai Muda, Candi Permatang Pasir, celadon, zaman protosejarah

 

Abstract

Kampung Pengkalan Pasir is one of the areas that have archeological sites associated with the prehistoric era where the remains of a temple built using laterite stone and brick have been found in this area. The study regarding the distribution of foreign ceramics in Kampung Pengkalan Pasir has not been done in detail where the Song Dynasty ceramic finds were only reported by Dorothy and Quaritch-Wales when they excavated Pengkalan Pasir Temple (Site 31). The discoveries of various types of foreign ceramics in Kampung Pengkalan Pasir has given a little insight into the chronology of the site of Kampung Pengkalan Pasir which is believed to have been active since the 13th century AD. Based on the report released by Sullivan, he suggested that the Pengkalan Pasir Temple is a Buddhist influence temple with the discovery of Buddhist bronze statues and lotus statues made of descriptive copper such as Avalokitesvara or the features of Goddess Tara are considered to solve the issue of the function of this temple. Analysis of the discovery of various types of ceramics in Kampung Baru shows that these ceramics originate from the identifiable times are T'ang-Song, Song, Song-Yuan, Song-Yuan-Ming, early Yuan-Ming and even Persians represent the century- 8 to 10 M. The most common types of ceramics are celadon and stone ware while whiteware, Qing-Pai and Persian ceramics are found in small quantities. This foreign ceramic analysis proves that the site of Kampung Pengkalan Pasir has been actively used since the 8th century AD and also indirectly shows that the site of Kampung Pengkalan Pasir serves as a jetty builtalong the Sungai Muda to accommodate the busy port of Kedah Tua entrepot

Keywords: Muda River, Pengkalan Pasir Temple, celadon, proto-historic era


Full Text:

PDF

References


Allen, J. 1988. Trade, transportation and tributaries: Exchange, agriculture, and settlement distribution in Early Historic-Period Kedah, Malaysia. Tesis Ph.D., University of Hawai’i.

Asyaari Muhamad. 2018. Seramik purba yang diperdagangkan di Malaysia. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu, hlm. 415-434. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dorothy Wales & Quaritch. 1947. Further Work on Indian Sites in Malaya. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 20(1): 1-11.

Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian Jenis Seramik di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junko Mori, Zuliskandar Ramli & Muhamad Shafiq Mohd Ali. 2019. Kepelbagaian Jenis Seramik Di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah (Ekskavasi Fasa 2). Jurnal Arkeologi Malaysia 32(1): 41-51.

Kamaruddin bin Zakaria. 1989. Lembah Bujang: Kompleks Percandian Bukit Choras, Kedah Darulaman, Laporan awal. Jurnal Arkeologi Malaysia 2

Lamb, A. 1961. Miscellanous Paper on Early Hindu and Buddhist Settlement in Northen Malaya and Southern Thailand. Federetad Museums Journal 6: 1-90

Leong Sau Heng. 1973. A Study of Ceramic Deposit from Pengkalan Bujang, Kedah, Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Leong Sau Heng. 2001. Tembikar China dari tapak-tapak arkeologi Malaysia. Dlm. Mohad Shahrim Senik Mohad Sainudin Abullah (pnyt.). Tembikar, Dari Warisan Ke Wawasan, hlm. 84-98. Shah Alam: Lembaga Muzium Selangor.

Nasha bin Rodziadi Khaw. 2011. Pensejarahan Kedah Tua: Satu Analisis Sosioekonomi. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Yatim. 1990. Antiquities of Bujang Valley. Kuala Lumpur: Museum Association of Malaysia.

Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhamad Shafiq Mohd Ali, Nurul Noorain Ahkemal Ismail, Wan Noor Shamimi Wan Azhar, Siti Salina Masdey, Muhammad Rizal Razman. 2018. Prehistoric settlements along River Basin of Ketil River, Baling, Kedah. Journal of Food, Agriculture and Environment 16(1): 91-96

Muhammad Termizi bin Hasni. 2016. Tapak Hunian Masyarakat Prasejarah dan Protosejarah di Sepanjang Lembangan Sungai Muda. Tesis Sarjana Persuratan. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Quaritch-Wales, H.G. 1940. Archaeological research on ancient Indian colonization in Malaya. Journal of the Malayan Branch, Royal Asiatic Society 18(1): 1-85

Sullivan, M. 1958. Excavation in Kedah and Province Wellesley. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 31 (1): 188-216.

Zuliskandar Ramli. 2012. Proses Akulturasi Budaya India dan transformasi Ilmu Masyarakat Melayu Kedah Tua Berdasarkan Data Arkeologi dan Kajian Sainstifik. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuliskandar Ramli. 2012. Teknologi Pembinaan Candi di Kedah Tua: Perkembangan dan Pentarikhannya. Dlm. Isu-isu Pentarikhan Tapak Warisan dan Artifak Budaya Alam Melayu. Hlm 25-36. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu

Zuliskandar Ramli, Farhana Abdullah, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Asyaari Muhamad. 2011. Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 29 (1): 181-199.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280