RAGAM HIAS MASJID WARISAN: TINJAUAN KE ATAS MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN (HERITAGE MOSQUE DECORATION: A REVIEW OF MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU, KELANTAN)

Nur Najwa Hanim Saidi, Daeng Haliza Daeng Jamal

Abstract


Abstrak 

Ragam hias merupakan elemen yang penting dalam memberi elemen keindahan sesebuah reka bentuk bangunan. Kebanyakan ragam hias yang terdapat dalam reka bentuk bangunan dikaitkan dengan konsep reka bentuk yang dihasilkan. Ragam hias yang dihasilkan dalam reka bentuk mempunyai faktor dan pengaruh dalam pemilihan tersebut. Hal ini kerana ragam hias yang digunakan mempunyai makna tersirat dalam sesebuah reka bentuk. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti ragam hias yang terdapat dalam reka bentuk Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Selain itu, makalah ini juga bertujuan menghuraikan ragam hias Melayu dan barat yang terdapat di masjid ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian dijalankan di Masjid Muhammadi dan temu bual pula dijalankan untuk mendapat maklumat yang diperoleh daripada dua (2) orang pakar bidang. Hasil kajian menemui tiga jenis ragam hias iaitu kaligrafi, motif flora dan geometri yang digunakan dalam reka bentuk Masjid Muhammadi. Ragam hias ini terletak di tiga (3) struktur yang berbeza iaitu tiang bangunan, bahagian belakang bangunan, dewan sembahyang dan pintu masuk depan bangunan. Identiti reka bentuk yang terdapat dalam Masjid Muhammadi menunjukkan salah satu identiti reka bentuk di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori semiotik untuk melihat simbol dalam reka bentuk Masjid Muhammadi. Teori ini dikaitkan kerana pemilihan simbol dalam reka bentuk Masjid Muhammadi dilihat dari segi identiti asal pembinaannya. 

Kata kunci: Ragam hias, reka bentuk, Masjid Muhammadi, identiti reka bentuk

 

Abstract 

Decoration is an important element in giving the element of beauty of a building design. Most of the decorative elements found in building design are associated with the design concept produced. The variety of ornaments produced in the design has factors and influences in the selection. This is because the variety of ornaments used has an implicit meaning in a design. Therefore, the paper aims to identify of variety of ornaments found in the of Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. In addition, this paper also aims to describe the Malays and west ornament found in a mosque. The methodology used in this study is observation and interview. These observations were conducted at the Masjid Muhammadi and interviews were conducted to obtain information obtained from two (2) field experts. This study found three (3) types of ornaments, namely calligraphy, motifs of flora and geometric used in the design of Masjid Muhammadi.  These ornaments are located in three different structures, namely the pillars of the building, the back of the building, the prayer hall and the front entrance of the building. Integration is the unification of different elements until a complete and strong union. The design identity found in the Masjid Muhammadi shows one of the design identities in Malaysia. This study uses semiotic theory to look at the symbols in the design of the Masjid Muhammadi. This theory is linked because the selection of symbols in the design of the Masjid Muhammadi is seen in terms of the original identity of construction. 

Keywords: Decorations, design, Masjid Muhammadi, design identity

Full Text:

PDF

References


Azizul Azli Ahmad. 2015. Ruang Dalaman Masjid Melayu Traditional Semenanjung Malaysia. Tesis Ph.D, Universiti Malaya.

A. Ghaffar Ahmad. 2020. Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, (28 Januari 2020 - temu bual).

Anisah Ahmad. 2015. Motif Dekorasi Dalaman Masjid: Kajian terhadap Masjid Kampung Keling di Melaka. Makalah dibentangkan pada Conference in International Islamic Heritage and Culture, Makasar Indonesia. At: Makassar Indonesia. 1-9.

Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat. 2017. Istana Kenangan: Meneroka Integrasi Warisan Budaya Melayu dan Konservasi Menerusi Pendekatan Suaiguna Semula Jurnal Arkeologi Malaysia 30(2): 1-10.

Kamarul Afizi Kosman & Nik Lukman Nik Ibrahim. 2007. Identiti Seni Bina Malaysia:Masalah dan Peneyelesaiannya SARI: Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu 25: 270-290.

Kasiyan. 2015. Ragam Hias Tradisional. Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Negeri Yogyakarta. Anzdoz.

Laksmi Kusuma Wardani. 2010. Fungsi, Makna dan Simbol (Sebuah Kajian Teoritikal). Dibentangkan pada Seminar Jelajah Arsitektur Nusantara 101010 XIX. 11 Oktober 2010. Institusi Teknologi Surabaya.

Ludin & Ahmad Suhaimi Mohd Nor. 1995. Aspek-aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2016. Teori Semiotik: Tanda Bahasa dan Wacana Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ismail Mustari dan Kamarul Azmi. 2008. Peranan dan Fungsi Masjid Masyarakat Hadhari. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Nazzri Ahmad. 2016. Falsafah Seni Ukiran Kayu Melayu. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Nash Rahman. 1998. Masjid Sejarah: Ciri-ciri Pembentukan dan Pembinaan Masjid-Masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Puncak Awal (M) Sdn. Bhd.

Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Harun, Zuliskandar Ramli & Salina Abdul Manan. 2015. Keindahan Reka bentuk Masjid Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu.

Nurfarahhana Ismail, Ros Mahwati Ahmad Zakaria & Zuliskandar Ramli. 2021. Pemetaan dan analisis tipologi rekaan mahkota atap masjid tradisional di negeri Melaka. Jurnal Arkeologi Malaysia 34(1): 69-80.

Nurfarahhana Ismail, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli & Aszulhida Aman. 2019. Pemetaan lokasi mahkota atap masjid warisan di negeri Melaka. Jurnal Arkeologi Malaysia 32(2): 31-43.

Nurul Izza Mohd Noor. 2016. Perkembangan Gaya Rupa Mukaan Seni Bina Masjid Bandar dan Masjid Jajahan di Kelantan Darul Naim. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Rabiah Abdul Rahman. 2016. Warisan Ketara Seni Islam Tempatan: Mahkota Atap Masjid Tradisional Melaka. Asian Journal of Environment, History and Heritage 2(1): 185-196.

Ros Mahwati Ahmad Zakaria. 2020. Institusi Alam Dan Tamadun Melayu ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, (3 Februari 2020 - temu bual).

Rosli Che Soh. 2019. Tok Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan. Pejabat Masjid Muhammadi, (23 Disember 2019 - temu bual).

Wahad, Hamid & Norajila Che Man. 2016. Pemerkasaan Peranan Masjid Di Malaysia Era Komtenprorari. E-Academia Journal UiMtT 5(2)II.

Utaberta & Mohamad Tajudin Rasdi. 2013. Pemikiran Seni Bina Islam Malaysia di Dunia dan Malaysia. Johor Bahru: UTM Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280