SEJARAH PENYELIDIKAN DAN PENEMUAN GENDANG GANGSA DI LAOS (HISTORICAL RESEARCH AND FINDINGS OF THE BRONZE DRUM IN LAOS)

Adnan Jusoh

Abstract


Abstrak 

Artikel ini menfokuskan tentang penemuan gendang gangsa iaitu sejenis objek tinggalan kebudayaan masyarakat pada Zaman Logam.  Gendang gangsa diperbuat daripada beberapa komponen logam ini telah dijumpai di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan China dengan paparan motif hiasan dalam pelbagai bentuk dan variasi.  Objektif artikel ini adalah untuk memaparkan perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di negara Laos sehingga tahun 2014. Ini adalah disebabkan maklumat tentang gendang gangsa di Laos kurang diketahui khususnya dalam kalangan orang awam disebabkan kekurangan maklumat. Dalam usaha untuk menyiapkan tulisan ini, pembacaan dan rujukan telah dilakukan khususnya beberapa buku dan artikel yang berkaitan dengan gendang gangsa di Asia Tenggara dan China. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Laos juga mengamalkan tradisi penggunaan gendang gangsa dalam sosiobudaya mereka dan dipercayai ia bermula semenjak kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson lagi. Penemuan gendang gangsa di Laos melibatkan semua klasifikasi seperti yang diperkenalkan oleh Franz Heger sejak 1902, namun demikian majoritinya adalah gendang gangsa daripada jenis Heger III. Secara keseluruhannya, penemuan gendang gangsa di Laos amat penting dalam menjelaskan perkembangan sosiobudaya masyarakat Laos semenjak dari Zaman Logam dan kaitannya dengan kemunculan kebudayaan Dongson di Vietnam. Dengan adanya tulisan ini diharapkan dapat menjelaskan tentang perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Laos semenjak dari zaman awal sehingga kini.

Kata kunci: Zaman Logam, klasifikasi, motif, sosiobudaya, gendang gangsa

 

Abstract

This article focuses on the finding of bronze drum, an object originated from the Bronze Age. The bronze drum was made from a few component of bronze and was found at some locations in South East Asia and China, with a variety of designs and variations. The objective of this article is to highlight the development of historical research and findings of the bronze drum in Laos until 2014. This is because the information on the bronze drum in Laos, by the public, is limited due to the lack of information. In the effort to complete this article, readings and references are done especially from the relevant books and articles on the bronze drum in South East Asia and China. The research shows that the Laotian society adopts a tradition on the usage of the bronze drum in their society which is believed to begin during the emergence and spread of Dongson culture. The findings of bronze drum in Laos involved all classifications as introduced by Franz Heger in 1902 and the majority are of Heger III type. In conclusion, the findings of the bronze drum in Laos are important in the study of the socio-cultural developments of the Laotian society since the Bronze Age and its relations to the emergence of the Dongson culture in Vietnam. The article hopes to highlight the development of historical research and findings of the bronze drum in Laos since the ancient time up to the present.

Keywords: Bronge Age, classification, motifs, socioculture, bronze drum


Full Text:

PDF

References


Adnan Jusoh, Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. 2011. Gendang gangsa di Asia Tenggara: Tinjauan terhadap motif berunsur geometri. SARI: Jurnal Antarabangsa Alam & Tamadun Melayu 29(2): 21-44.

Adnan Jusoh. 2016. Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara: Satu tafsiran berdasarkan penemuan arkeologi. Jurnal PURBA 35: 1-28.

Adnan Jusoh. 2011. Motif binatang pada gendang gangsa dan hubungannya dengan masyarakat agraria. Jurnal PURBA 30: 35-56.

Adnan Jusoh. 2014. Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia: Asal usul dan signifikan. Batu Pahat: Penerbit UTHM.

Coller, R.M. 1995. The Karen Bronze Drums of Burma. Leiden: E.J Brill.

Evants, G. 2000. A Short History of Laos. Australia: Allen & Unwin

Kempers, B. 1988. Kettledrums of Southeast Asia. Rotterdam: A.A. Balkema Publishers.

Kislenko, A. 2009. Culture and Customs of Laos. London: Greenwood Press

Leong Sau Heng. 2002. Heger 1 Type Drums found in Malaysia: Some comments on the significances of these finds. Kertas Kerja International seminar on Dongson Culture and tradition in Southeast Asia. Muzium Negeri Terengganu, Malaysia. 14-17 Januari.

Li Fuqiang. 2014. Bronze Drum of China-Southeast Asia (Laos Vollume). China: Centre for ethnic studies, Guangxi University for Nationalities and Guangxi People’s Publishing House Co. Limited.

Marshall, H.I. 1929. Karen bronze drums. Journal of the Burma Research Society 19(1): 1-14.

Matinee Jirawathana. 2004. The bronze kettle drums in Southern Thailand. Dlm. Proceeding of the Seminar on Thailand-Malaysia: Malay Peninsula Archaeology Programme, hlm. 63-78. 4-10 September.

Niita Eiji. 1995. Heger I type drum from Don Sane, Champassac, Laos and the Mekhong transportation. Historical Sience reports of Kagoshima University 42: 19-33.

Niita Eiji. 2002. The Mekong Basin toward society based on Heger I drums and Bronze Halberds. Excavation of Dai Trach: A Bronze Age settlement site in the Red River Plain. Kertas Kerja The 7th Congress Indo Pacific Academia Sinica, Taipei, Taiwan. R.O.C. September 9-5.

Rehbein, B. 2007. Globalization, Culture and Society in Laos. New York: Routledge

Sorensen, P. 1976. The kettledrum from Ban Gaw, Chieng Mai. The Lampang Field Station, a Scandinavian Research Center in Thailand, 1969-1974. Copenhagen: Scandinavian Institute of Asian Studies.

Sylvia Fraser-Lu. 1983. Frog drums and their importance in Karen culture. Arts of Asia. September/October 1983 issue.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280