TAKSONOMI REBANA MELAYU (MALAY TAMBOURINE TAXONOMY)

Nur Hazirah -, Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Abstract


Abstrak 

Rebana merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdiri daripada kelompok warisan ketara. Instrumen ini memainkan banyak peranan di dalam cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Permainan rebana lazimnya mengiringi alunan zikir di majlis-majlis keraian dalam kelompok masyarakat Melayu. Namun begitu, komponen atau ciri-ciri rebana Melayu dilihat masih kurang dibahaskan. Oleh itu, penelitian ini akan membahaskan tentang komponen rebana Melayu yang terhasil dari kearifan tempatan masyarakat setempat. Hasil kajian mendapati bahawa rebana Melayu terdiri daripada dua komponen utama iaitu baloh dan belulang. Kedua-dua komponen ini pula dihasilkan dengan pelbagai saiz yang berbeza mengikut kegunaan dan tujuan penghasilnya. Hasilnya, wujud kepelbagaian jenis rebana yang terhasil daripada kreativiti masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Langkah pendokumentasian ini adalah penting untuk dilakukan bagi memastikan bahawa masyarakat pada masa akan datang mengetahui keunikan rebana yang mempunyai pelbagai variasi. 

Kata kunci: Rebana, Komponen, Variasi

 

Abstract 

The tambourine is one of traditional musical instruments that came from tangible heritage groups. This instrument plays many roles in culture and local community way of life. This musical instrument is usually played on any festive or religious occasions in the community. However, the characteristics and components of Malay tambourine are still seen less discussed. Therefore, this study will debate on Malay tambourine component that proves the wisdom of local communities in the production of traditional musical instruments. The results showed that Malay tambourine consists of two major components, “baloh” and “belulang”. These two components are produced in various sizes according to the functional needs and purpose of the craftsmen. As a result, there is a diversity of instruments resulting from the creativity of the community at that time. This documentation step is important to ensure that the community in the future would understand the uniqueness of the tambourine in the future.

Keywords: Tambourine, Component, Variation


Full Text:

PDF

References


Aniza Zainudin. 2019. Gendang Dongson. myMetro. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/04/448200/gendang-dongson [24 April 2019].

Bagus Susetyo. 2010. Identifikasi Dekulturasi Sebagai Teori Perubahan kebudayaan Dalam Musik Indonesia : Kajian Proses Perubahan Rebana Menjadi Kasidah Moden di Kota Semarang. Harmonia Journal of Arts Research and Education.

Campbell, M. Greated, C & Myers, A. 2004. Musical Instruments History, Technology, & Performance of Instruments of Western Music. New York: Oxford University Press Inc.

Febri Yulika. 2016. Jejak Seni Dalam Sejarah Islam. Padang Panjang Timur: Institut Seni Indonesia Padang Panjang.

Hardika Saputra. 2020. Kajian Naskah “Syaroful Anam” Koleksi “Kms. H. Andi Syarifudin, S.Ag. Perpustakaan IAI Agus Salim Metro Lampung, 21-28.

Mohd Sapri Bahari. Rebana Perak. Temu bual, 13 Mac.

Mohamed Ghouse Nasuruddin. 2003. Muzik Tradisional Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naiborhu, T. 2005. Genderang Si Sibah Ensembel Musik dan Simbol Sosial Adat Masyarakat Pakpak-Dairi Di Sumatera Utara. Etnomuzikologi : 40-50.

Nik Mustapha Nik Mohamad Salleh. 2009. Alat Muzik Tradisional dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan Malaysia.

Noor Hidayah Tanzizi. 2020. Jejak Seni Warisan Rebana Perak. BH Online. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/11/748584/jejak-seni-warisan-rebana-perak [1 November 2020].

Nur Hazirah & Ros Mahwati Ahmad Zakaria. 2020. Pelestarian Permainan Muzik Kertuk dalam Kalangan Penduduk di Negeri Kelantan. International Journal of The Malay World and Civilization : 11-18.

Pravina Manoharan. Mohamad Azam Sulong & YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan. 2009. HBMS4203 Muzik Tradisional. Open University Malaysia OUM.

Rejab, F.I. 2002. Muzik Tradisional Satu Kajian Peralatan. Jurnal Warisan Indera Kayangan 14.

Siti Haliza Yusop. 2015. 'Amukan' Gema Rebana Ubi. BH Online. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/12/107598/amukan-gema-rebana-ubi. [23 Disember 2015].

Sturman, J. 2019. The SAGE International Encyclopedia of Music and Culture. United States of America: SAGE Publications, Inc.

Toh, Lai Chee. 2006. Alat Muzik dan Lagu dalam Muzik Mek Mulung. Wacana Seni Journal of Arts Discourse: 69-115.

Titi Surti Nastiti. 2016. Perempuan Jawa Kedudukan dan Peranannya dalam Masyarakat Abad VIII-XV. Bandung: PT Dunia Pustaka Jaya.

Van Geldern, Robert Heine. 1950. Heyerdahl´s Hypothesis of Polynesian Origins: A Criticism. Geographical Journal 116: 183-192.

Zinitulniza Abdul Kadir. 2018. Tarian Dabus Rebana & Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280