PEMULIHARAAN DIKIR REBANA: TINJAUAN DI MARAN, PAHANG (CONSERVATION DIKIR REBANA: REVIEW IN MARAN, PAHANG)
Abstract
Abstrak
Matlamat muzik Islam di Pahang secara amnya tidak banyak beza daripada muzik dalam tamadun Islam yang lain. Ia bermatlamat untuk meningkatkan nilai-nilai murni dan baik. Keindahan yang terpancar dalam muzik Islam tersebut boleh menghasilkan ciri yang baik, murni, benar dan bagus. Hal ini sesuai dengan perspektif Islam yang mana keindahan itu perlu tunduk kepada kebenaran Ilahi. Untuk menghasilkan kesenian bercirikan Islam yang indah dan tunduk kepada kebenaran Illahi itu maka seseorang itu perlu menyucikan jiwanya terlebih dahulu supaya kemudiannya nanti seseorang itu akan melahirkan nilai yang murni dan baik dalam dirinya. Muzik dalam Islam itu juga menuntut keseimbangan antara nilai estetika dengan nilai etika Islam. Kerana itulah kesenian bercirikan Islam secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan nilai-nilai yang murni dan baik. Perkara ini tidak terkecuali juga bagi seni persembahan yang melatari masyarakat Melayu seperti Dikir Rebana.
Kata kunci: Pemuliharaan, Muzik Islam, Dikir Rebana, Pahang & Pelestarian Warisan
Abstract
Generally, there is not much difference between the aim of Islamic music in Pahang and music from other Islamic civilisations. It aims at cultivating moral values. The aesthetics of Islamic music may give rise to genuine and excellent characteristics. This should be in accordance with the Islamic arts that are aesthetically pleasing and in line with the divine truth, one has to purify the soul thus resulting in truthfully virtuous values of himself or herself. Music in Islam also demands a well-balanced equilibrium between aesthetics and ethics. Such principle may have engendered the proliferation of genuine and excellent attributes. This has also formed the principal constituent of traditional Malay performing arts including Dikir Rebana.
Keywords: Conservation, Islamic Music, Dikir Rebana, Pahang & Heritage PreservationFull Text:
PDFReferences
Ahmad Husein Al-Azhari. 2007. Kontroversi Hukum dan Nyanyian Alat Musik. Surakarta: Daar An-Naba’.
Ahmad Kamal Abdullah. 1988. Unsur-Unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah. 1990. Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sharifuddin Mustapha & Mohd Zain Mubarak. 2006. Dimensi Hukum Muzik dan Nyanyian dalam Berdakwah. Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian, hlm. 101-106.
Al-Attas Syed Naquib. 1971. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ariff Ahmad. 2001. Seni Muzik Keroncong. Bangi: Penerbit UKM.
Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Seni untuk Seni. Bangi: Penerbit UKM.
Chelkowski. P. 1979. Ta'ziyeh: Ritual and Drama in Iran. New York University Press.
Darawisah Sayuti. 1977. Alat Paluan Gendang dalam Muzik Tradisional. Tesis Sarjana, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ediwar. 2012. Dinamika Muzik Islam Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Tesis Dr. Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faisal@ Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2006. Pengaruh Islam dalam Seni Muzik Tradisional Melayu: Tinjauan Terhadap Seni Kompang.Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian, hlm. 295-310.
Farmer, H.G. 1967. A history of Arabian Music. London: Luzac & Co.
Fatwa Mufti Kerajaan. 1998. Islam dan Muzik. Brunei: Jabatan Mufti Kerajaan.
Kunst,J. 1973. Music in Java: Its History Its Theory and Technique. Leiden: Martinus Nijhoff.
Mohamed Anwar Omar Din & Kamaruzaman Yusoff. 2006. Cabaran ke atas Perlaksanaan Undang-Undang Islam dalam Hiburan dan Kesenian: Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan. Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian, hlm. 227-250.
Mohd Taib Osman. 1973. Traditional Drama and Music in Southeast Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Poche, C. 1984. Qanbus. Dlm. Stanley Sadie (ed.) New Grove Dictionary of Musical History. London: MacMillan.
Sachs, C. 1940. The History of Musical Instruments. New York: W.W. Norton & Com.
Sidi Gazalba. 1977. Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Syeikh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi. 1999. Penjelasan Tentang Haramnya Muzik dan Lagu. Terj. Rasul Dahri. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Yusuf al- Qardhawi. 2006. Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah. Terj. Munawwar Mohamad & Wan Rosli Wan Ismail. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd dan Rangkaian Berkat Sdn Bhd.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA
d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280