GOVERNANS KELESTARIAN DALAM MELINDUNGI WARISAN PERSEKITARAN ZON PINGGIR PANTAI: KAJIAN UNDANG-UNDANG TORT TUMPUAN ASPEK KACAUGANGGU PERSENDIRIAN DI MALAYSIA (SUSTAINBILITY GOVERNANCE IN PROTECTING COASTAL ZONE ENVIRONMENTAL HERITAGE: STUDY ON LAW OF TORT FOCUSING PRIVATE NUISANCE IN MALAYSIA)

Muhammad Rizal Razman, Juliana Mohamed, Sharifah Zarina Syed Zakaria

Abstract


Abstrak 

Kerangka governans kelestarian amat menekankan jalinan kerjasama masyarakat secara berintegrasi dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar termasuklah persekitaran zon pinggir pantai. Dalam kerangka ini, undang-undang memainkan peranan penting dalam merealisasikan jalinan kerjasama masyarakat secara berintegrasi. Undang-undang tort merupakan salah satu undang-undang persendirian yang banyak memainkan peranan penting dalam melindungi warisan alam sekitar termasuklah persekitaran zon pinggir pantai. Peranan ini mampu membawa ke arah pembangunan mampan dalam kerangka governans kelestarian. Undang-undang tort ini boleh dibahagi kepada beberapa bahagian termasuklah aspek kacauganggu persendirian, kecuaian, pencerobohan dan tanggungan keras. Sehubungan dengan itu, kertas ini memberi tumpuan khusus mengkaji penggunaan undang-undang tort tumpuan kepada aspek kacauganggu persendirian di dalam hal yang berkaitan dengan perlindungan persekitaran zon pinggir pantai. Kertas kerja ini turut mengenalpasti kes dan tindakan yang berkaitan dengan perlindungan persekitaran zon pinggir pantai menerusi undang-undang tort tumpuan kepada aspek kacauganggu persendirian di Malaysia. Akhir sekali, kertas ini membincangkan mengenai undang-undang yang tersebut di atas sebagai instrumen untuk perlindungan warisan persekitaran pinggir pantai yang baik dalam kerangka governans kelestarian ke arah pembangunan mampan.

Kata kunci: Governans Kelestarian, Undang-Undang Tort, Kacauganggu Persekitaran, Warisan Persekitaran Zon Pinggir Pantai

 

Abstract

 The framework of sustainability governance is strongly emphasizes the integration of community cooperation in ensuring environmental well-being, including the coastal zone environment In this framework, the law plays an important role in the realization of an integrated community. Law of Tort is one of the many private laws that play a significant role in protecting the environment including the coastal zone environmental heritage. This role can lead to sustainable development within the framework of sustainable governance. This law of tort can be divided into several sections including aspects of private nuisance, negligence, trespass and strict liability. In this regard, this paper focuses specifically on the application of the law of tort focusing on the aspects of private nuisance in matters pertaining to the protection of the coastal zone environment. This paper also identifies cases and actions related to the protection of the coastal zone environment through the law of tort focusing on the private nuisance aspects in Malaysia. Finally, this paper discusses the above-mentioned laws as instruments for the protection of the coastal environmental heritage within the framework of sustainable governance towards sustainable development

Keywords: Sustainability Governance, Law of Tort, Private Nuisance, Coastal Zone Environmental Heritage


Full Text:

PDF

References


Ball, S. & Bell, S. 1995. Environmental Law. London: Blackstone Press Limited.

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun. 1991. The Commercial Law of Malaysia. Petaling Jaya: Longman.

Jamaluddin Md. Jahi. 2001. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: dari Stockholm ke Rio de Janeiro dan Seterusnya. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia, 16 Februari. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Komiyama, H. & Takeuchi, K. 2006. Sustainability science: building a new discipline. Sustain Sci 1(1): 1–6.

M. Rizal Razman, Kadir Arifin, Norsham A. Latip & Jamaluddin Md. Jahi. 2007. Sustainable development in Malaysia: focusing on environmental management through legal towards the private nuisance. The Social Science 2(3): 370-375.

Muhammad Rizal Bin Razman. 2002. Pemakaian undang-undang kecuaian di dalam menangani pencemaran alam sekitar di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Muhammad Rizal Razman (pnyt.). Isu-isu persekitaran di Malaysia, hlm. 61-76. Bangi: Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Rizal Bin Razman & Syahirah Binti Abd. Shukor. 2001a. Malaysian Commercial Law. Malaysia: Mc-Graw Hill.

Muhammad Rizal Bin Razman & Syahirah Binti Abd. Shukor. 2001b. Malaysian Legal System: A Basic Guide. Malaysia: Mc-Graw Hill.

Rogers, W.V.H. 1989. Winfield and Jolowicz on Tort. London: Sweet & Maxwell.

Salleh Buang. 1990. The Law of Negligence in Malaysia. Kuala Lumpur: Central Law Book Publications.

Sands, P. 1995. Principles of International Environmental Law I: Frameworks, Standards and Implementation. Manchester: Manchester University Press.

Sands, P. 2003. Principles of International Environmental Law. Cambridge: Cambridge University Press.

Wolf, S. & White, A. 1995. Environmental Law. London: Cavendish Publishing.

World Commission on Environment and Development (WCED). 1987. Our Common Future. Oxford: Oxford University Press.

Wu Min Aun. 1987. Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia. Petaling Jaya: Longman.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280