KOTA PEDAS BERDASARKAN SUMBER BERTULIS DAN DATA SURVEI TERKINI (KOTA PEDAS BASED ON WRITTEN SOURCES AND RECENT SURVEYED DATA)

Mohammad Razin Norman, Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad

Abstract


Data kajian mengenai kota-kota Melayu di Negeri Sembilan telah pun dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu seperti Newbold, Abdul Halim Nasir dan Norhalim Ibrahim. Penyelidikan mereka kebanyakan tertumpu kepada kawasan pantai barat Negeri Sembilan terutama di Port Dickson dan sekitar lembangan Sungai Linggi. Kesemuanya boleh dikategorikan sebagai kawasan penempatan masyarakat Bugis dan orang Rembau. Sehingga kini, masih kurang kajian arkeologi mengenai tapak Kota Pedas yang mana lokasinya dipercayai berada di dalam kawasan ladang Kuala Pedas. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan data survei terkini di Kuala Pedas mengenai kota ini. Kajian ini penting untuk mendedahkan data survei terkini mengenai tapak Kota Pedas ini. Memandangkan Kota Pedas ini di temui di dalam kawasan Kuala Pedas maka pengkaji akan membincangkannya secara bersama dalam kajian ini. Untuk itu, pengkaji telah melakukan satu survei lapangan di samping temubual terhadap individu yang selayaknya di kawasan tersebut. Hasilnya pengkaji mendapati lokasi tapak Kota Pedas ini berada di dalam kawasan ladang di Kuala Pedas dan beberapa bongkah batu serta serpihan seramik turut ditemui di kawasan tersebut sebagai jumpaan permukaan. Sumbangan kajian ini boleh dijadikan kajian rintis dalam bidang arkeologi mengenai kota-kota Melayu di Negeri Sembilan dan sekaligus menjadi rujukan bagi pengkaji seterusnya yang ingin menjalankan penyelidikan di Kuala Pedas dan Kota Pedas.

Kata kunci Kota-kota Melayu, Kota Pedas, Kuala Pedas, Rembau, arkeologi, survei

 

The survey data on Malay fortress in Negeri Sembilan has been done by some previous researchers such as Newbold, Abdul Halim Ibrahim Nasir and Norhalim Most of their data is mainly concentrated in the west coast of Negeri Sembilan, especially in Port Dickson and around the Linggi River Basin. All of them can be categorized as residential areas of Bugis and Rembau people. There is still fewer archaeological research on the site of Kota Pedas located in the Kuala Pedas farm area. Therefore, this study will discuss the latest survey data in Kuala Pedas relating to this fortress. This study is important to uncover the latest survey data on the site of this Kota Pedas. Since Kota Pedas is found in the area of Kuala Pedas therefore, the researchers will discuss it together in this study. In addition to this, researchers have conducted a field survey as well as interviews with individuals who matter in the area. As a result, the researchers found the location of the site of the Kota Pedas was located in the Kuala Pedas farm area and several boulders with ceramic fragments were found in the area as the discovery of surface. The contribution of this research can be used as a preliminary study in archaeology about Malay fortress in Negeri Sembilan and also become a reference for subsequent researchers who want to conduct a study in Kuala Pedas and Kota Pedas.

Keywords: Malays Fortress, Kota Pedas, Kuala Pedas, Rembau, archeology, survey


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 1990. Kota-Kota Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Nasir. 2007. Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asyaari Muhamad. 2001. Arkeologi Kota Sayong: Data Awalan. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor

Bigbie, P.J. 1834. The Malayan Peninsula. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press (Cetakan Semula, 1967).

Gibson-Hill, C.A. 1955. Johore Lama and other ancient sites on the Johore River. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 28(2):127-197.

Gullick, J.M. 1949. Sungai Ujong. Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 22(2): 1-69.

Khoo Kay Kim. 1972. The Western Malay State 1850-1873. The Effect of Commercial Development on Malay Politic. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan. 1997. Laporan Penelitian Laluan Raja Melewar dari Kuala Linggi ke Seri Menanti. 8-10 September.

Mills, L.A. 1960. British Malaya 1824-1867. Singapore: Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 8(1): 1-326.

Mubbin Sheppard. 1961. Malayan Fort. Kuala Lumpur: Museum Department Federation of Malaya.

Muhamad Mansur Ahmad Kusosi. 2019. Kota Melaka dalam perspektif sejarah dan arkeologi. Dlm.

Ruzairy arbi & Yazid Othman (pnyt.). Bicara Arkeologi siri kenari arkeologi No.1, hlm. 82-91. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Nik Hassan Suhaimi. 1984. Art, archaeology and the early kingdom in the Malay Peninsula and Sumatra: c.400-1400 A.D. Tesis Dr. Fal, University of London.

Newbold, T.J. 1839. British Settlement in the Straits of Malacca. John Murray (pnyt.). Jil 2. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1994. Ekspedisi Raja Melewar ii dari Istana Raja Rembau ke Sri Menanti Kuala Pilah. Budaya Negeri 14:11-18.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi Pintu Gerbang Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norhalim Hj. Ibrahim. 2004. Laluan Raja Melewar. Video Dokumentari. Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Raiha Mohd. Saud. 1981. Kota-Kota Bersejarah di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium.

Raja Haji Ahmad & Raja Ali Haji. 1885. Tuhfat al-Nahfis. Virginia Matheson, 1997. (ed.). Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shellabear, W.G. 1954. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Solheim, W.G. & Green, E. 1965. Johore Lama excavations 1960. Federation Museum Journal 10:1-7.

Wan Hashim, W.T. & Parret, D. 1999. Di Sekitar Konsep Negeri. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Winstedt, R.O. 1932. A History of Johore (1673-ca. 1800 A.D). JMBRAS 10(1):164-170.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280