Istana Kenangan: Meneroka Integrasi Warisan Budaya Melayu Dan Konservasi Menerusi Pendekatan Suaiguna Semula

Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli, Mastor Surat

Abstract


Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan integrasi antara warisan budaya Melayu dengan konservasi pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Kaedah yang digunakan dalam memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara ialah pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bukan sahaja berpotensi dalam memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan bersejarah malah berpotensi menonjolkan integrasi antara usaha konservasi dengan warisan budaya masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan dan soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada komuniti setempat. Soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif yang digunakan pula ialah kekerapan dan peratusan. Bangunan bersejarah yang diteliti pula adalah bangunan bersejarah daripada senarai Daftar Warisan Kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kategori kecuali tugu, rumah ibadat dan rumah kedai. Bangunan bersejarah yang diteliti dalam kajian ini ialah Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat integrasi antara konservasi dan warisan budaya Melayu dalam Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak menerusi pendekatan suaiguna semula. Didapati juga, melalui pendekatan suaiguna semula ini Istana Kenangan berjaya menonjolkan estetika warisan senibina, ketinggian teknologi pertukangan Melayu berserta falsafahnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini menerusi soal selidik yang diedarkan.

Kata kunci: Konservasi, warisan budaya, integrasi, suaiguna semula, Istana Kenangan dan kesedaran komuniti. 

Abstract

This paper aims to discuss the results of a survey on the integration between Malay culture heritage and conservation conducted at Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Among the methods used to ensure the continued protection of historic buildings, is the adaptive reuse approach. The adaptive reuse of historic buildings not only has the potential to extend the lifespan of a historic building, but also capable of highlighting the efforts of conservation and local heritage culture. The method adopted in this study used a set of questionnaire, which was circulated to respondents in the local community. The questionnaire was then analyzed using the Statistic Software Package for Social Sciences (SPSS) 16.0. The descriptive statistics used were frequency and percentage. The historic buildings studied are among those listed in the National Heritage Registry, which consisted of a variety of categories, except monuments, places of worship and shop houses. Historical building scrutinized in this study is Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. The study found that there was integration between conservation and Malay cultural heritage in Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak through adaptive reuse approach. It is also found that through adaptive reuse approach, Istana Kenangan has successfully shown its aesthetic architecture heritage, Malay technological craftsmanship and its philosophy. Such concerns pointed out by respondents involved in this study through circulated questionnaires.

Keywords: Conservation, cultural heritage, integration, adaptive reuse, Istana 


Full Text:

PDF

References


A.Ghafar Ahmad. 1997. Pemuliharaan Bandar Warisan untuk Pembangunan Pelancongan: Kajian Kes Melaka dan Kota Bahru. Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek. Universiti Sains Malaysia.

A. Ghafar Ahmad. 2010. Siri syarahan umum: perlantikan profesor. Pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia: pengalamana dan cabaran masa hadapan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

A. Halim Nasir. 1981. Tempat-tempat Bersejarah Perak. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Fielden, B. M. 2000. Conservation of Historic Buildings. Oxford: Butterworth Architecture.

http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/daftar-warisan/senarai-warisan-kebangsaan/tapak/bangunan [25 Disember 2016]

http://www.perak.gov.my/index.php/rakyat/info-umum/pautan-laman/18-kerajaan-negeri [8Oktober2014]

Jabatan Warisan Negara (JWN). 2009. Warisan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab. Wahab. 2014. Bangunan bersejarah: kerosakan dan penyataan kaedah kerja pemuliharaan. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara.

Kamarul Syahril Kamal, A. Ghafar Ahmad & Lilawati Ab. Wahab. 2007. Kecacatan Bangunan dan Kepentingan Pemuliharaan Warisan di Bandaraya Ipoh. Prosiding National Conference on Malaysia Cityscape, 28-29 November 2007, Lumut, Perak.

Kamarul Syahril Kamal & A. Ghafar Ahmad. 2008. Kajian Lapangan ke atas Bangunan Bersejarah di Malaysia dari Aspek Kecacatan Bangunan dan Pemuliharaan. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Perak, 4 Disember.

Lilawati Ab Wahab, A. Ghafar Ahmad & Badaruddin Mohamed. 2008. Pemuliharaan dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Bagi Menyokong Industri Pelancongan Warisan Negara. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Perak, 4 Disember.

Sabzali Musa Kahn, Effendi Shamsuddin & Nik Nairan Abdullah. 2011. Mendepani Seni Warisan dan Kreatif dalam Mencapai Satu Gagasan Melayu di Nusantara. Kertas kerja seminar Universiti Islam Negeri Sunan, Gunung Djati, Bandung.

Syed Zainol Abidin Idid. 1995. Pemeliharaan warisan rupa bandar: panduan mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280