Arkeopelancongan Di Lembah Bujang: Isu, Dilema Dan Cabaran

Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan,, Zuliskandar Ramli,

Abstract


Kertas kerja ini membincangkan senario arkeopelancongan di Lembah Bujang dari segi isu, dilema dan cabaran semasa yang di hadapi. Kajian ini melibatkan responden sebanyak 150 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan dengan menggunakan kaedah soal selidik melalui borang soal selidik sebagai instrument kajian. Oleh itu, bagi kajian ini pendekatan secara kuantitatif digunakan. Persoalan ini timbul apabila kebanyakan tapak arkeologi yang berada di sekitar Lembah Bujang tidak dapat dibangunkan sebagai kawasan arkeopelancongan negara sekaligus menjadikan Lembah Bujang sebagai kawasan hanya untuk lawatan singkat rakyat tempatan sahaja. Keadaan ini haruslah dipulihara dengan melibatkan kerja-kerja seperti pengekalan, pengembalian semula, pemuliharaan dan penjagaan ke atas tapak arkeologi di Lembah Bujang. Hal ini bertujuan untuk memastikan tapak warisan arkeologi Lembah Bujang dipulihara dan bebas daripada kerosakan jangka panjang. Tapak warisan yang terdiri daripada bangunan candi di sekitar Lembah Bujang melebihi ratusan tahun merupakan sesuatu yang unik dan harus dibanggakan kerana di situlah tercetusnya nilai sejarah sesuatu tamadun bangsa. Oleh itu, beberapa cadangan akan dibincangkan secara ringkas mengenai strategi yang di dikemukakan untuk menjadikan Lembah Bujang sebagai produk arkeopelancongan negara.

Kata kunci: Arkeopelancongan; Lembah Bujang; cabaran; pemuliharaan; tapak-tapak arkeologi.

 

Abstract

This paper discusses the archaeotourism scenario in Bujang Valley in terms of issues, dilemmas and current challenges. This study involved 150 respondents from local tourists using survey method through questionnaire as the instrument of study. Therefore, for this study a quantitative approach is used. This question arises when most archaeological sites in the vicinity of the Bujang Valley cannot be developed as a national archaeological site as well as making the Bujang Valley a mere area for short-term local residents only. This must be taken into account by involving works such as retention, reinstatement, conservation and care on archaeological sites in the Bujang Valley. This is to ensure that Bujang Valley archaeological heritage sites are conserved and free from long-term damage. A heritage site comprising temples around the Bujang Valley exceeding hundreds of years is unique and should be proud because that is where the historical value of a nation's civilization is. Hence, several proposals will be discussed briefly on the strategies proposed to make Bujang Valley a national archaeological product.


Keywords: Archaeotourism; Bujang Valley; challenges; conservation; archaeological sites


Full Text:

PDF

References


Affifuddin Omar. 2009. Pembangunan warisan kerajaan Melayu Lembah Bujang. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March- 1 April, Kedah.

Chia, Stephen. 2011. Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Arkeologi Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Cohen B.J & Orbuch.T .1990. Introduction to Sociology. Singapore: Mc Graw-Hill.

Gay, L.R. .1996. Educational research: Competencies for analysis and application. Ed. ke-5. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Penempatan dan Tapak Arkeologi Lembah Bujang dan Sekitarnya. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang. 31 March - 1 April, Kedah.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2009. Penemuan Arkeologi dan Cabaran untuk Memperkasakan Penyelidikan Warisan Lembah Bujang. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang. 31 March- 1 April, Kedah.

Saidatulakmal Mohd, Azlinda Azman dan Jamalludin Sulaiman. 2011. Kelestarian Warisan Negara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Wan Salleh Wan Ibrahim. 2007. Bujang Valley: A Case for Development of an Archeology Park for Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi MARA, Perak, 28-29 November.

Wan Shamsudin Mohd Yusof. 1992. Sejarah kedah Darul Aman Sepanjang Zaman. Kedah: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280