SENI POTONGAN GEOMETRI DALAM PENGHASILAN REKA BENTUK BAJU KURUNG KEDAH DAN BAJU KURUNG TELUK BELANGA ALAM MELAYU (THE GEOMETRICAL PATTERNS IN DESIGNING BAJU KURUNG KEDAH AND BAJU KURUNG TELUK BELANGA OF THE MALAY WORLD)

Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Aszulhida Azman

Abstract


Abstrak

Geometri merupakan bentuk asas yang digunakan dalam pembinaan dan juga penghasilan sesuatu objek. Pakaian merupakan satu daripada objek budaya yang dihasilkan menggunakan bahan organik ataupun sintetik bagi menutup bahagian tertentu atau sebahagian atau keseluruhan bahagian badan manusia. Baju Kurung ialah sejenis pakaian yang dikaitkan dengan masyarakat Melayu di Asia Tenggara yang lebih dikenali sebagai alam Melayu. Baju Kurung dihasilkan daripada beberapa bentuk potongan geometri yang menarik. Bentuk-bentuk geometri ini digunakan bagi memberi keselesaan pemakai setelah siap dijahit. Baju Kurung digunakan oleh orang lelaki dan perempuan di alam Melayu. Kaedah kualitatif iaitu pemerhatian lapangan digunakan bagi mendapatkan bentuk-bentuk potongan Baju Kurung yang terdiri daripada Baju Kurung Kedah dan Baju Kurung Teluk Belanga dalam abad ke-20 sehingga kini dalam membincangkan penggunaan bentuk geometri dalam penghasilan baju kurung. Sebanyak sepuluh helai Baju Kurung yang terdiri daripada koleksi artifak muzium dan orang perseorangan untuk diteliti, diukur dan didokumenkan dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati daya kreativiti masyarakat Melayu menggunakan bentuk-bentuk geometri dalam penghasilan Baju Kurung menjadikannya pakaian yang bersesuaian dengan budaya dan persekitaran kehidupan mereka.  Dapatan kajian berkaitan potongan pakaian ini juga boleh membantu pereka pakaian memahami fungsi setiap potongan yang digunakan dalam Baju Kurung supaya ianya diambil kira ketika mereka membuat rekaan pakaian Baju Kurung untuk generasi hari ini.

Kata kunci: Pakaian, alam Melayu, baju kurung, Islam, Asia Tenggara

 

Abstract

Geometry is a basic form that has been used in the construction and production of objects. Clothing is one of the cultural objects made from organic and synthetic materials to cover the human body either in part or in whole. Baju Kurung traditional clothing is one normally associated with the Malay community in Southeast Asia known as the Malay world. Baju Kurung is made from attractively designed from a combination of several geometric patterns. This geometric pattern is used to allow the wearer to feel comfortable after the garment is sewn. Baju Kurung used by men and women in the Malay world. A qualitative research approach is used to study the cutting patterns of Baju Kurung Kedah and Baju Kurung Teluk Belangga from 20th century design to the present in discussing the use of geometric patterns in the making of Baju Kurung. There are 10 pieces of Baju Kurung consisting of a collection of museum artifacts, and individuals to be investigated, measured, and documented in this study. The results showed the creativity of the Malay community use geometric patterns in production Baju Kurung for making clothes that fit the culture and environment in which they live. The findings of this study related to fabric cutting can also provide a useful explanation to understand the function of each cut used in Baju Kurung which is included in the design of Baju Kurung clothing for today's generation.

Keywords: Clothe, Malay world, baju kurung. Islam, Southeast Asia

Full Text:

PDF

References


Amalric M, Wang L, Pica P, Figueira S, Sigman M, Dehaene S. 2017. The language of geometry: Fast comprehension of geometrical primitives and rules in human adults and preschoolers. PLoS Comput Biol 13(1): e1005273.

Asliza Aris, Norwani Mohd Nawawi, Saemah Yusof. 2015. Refleksi Islam dalam Pakaian Tradisional Melayu: Baju Kurung. Dibentangkan pada ICOMHAC 2015, Langkawi, Kedah, pada 16 & 17 Disember. [Diakses pada 30 Jun 2020].

Asliza Aris. 2014. The Evolution and Transformation Of Baju Kurung In The Peninsular Of Malaysia. Tesis Dr. Fals. Universiti Teknologi Mara.

Charlotte Jirousek. 1995. Art, Design, and Visual Thinking. An online, interactive textbook. http://char.txa.cornell.edu/ [Diakses pada 10 September 2020].

E. Swoboda, P. Vighi. 2016. Early Geometrical Thinking in the Environment of Patterns, Mosaics and Isometries. Spinger: Switzerland.

Entwistle, J. 2015. The Fashioned Body, Fashion, Dress and Modern Social Theory. Cambridge, Mass: Polity Press.

Hansen, K. 2004. The World in Dress: Anthropological Pespectives on Clothing, Fashion and Culture. Annual Review of Anthropology 33(1): 369-392.

Kamus Dewan. 2015. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fang, Liaw Yock. 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Heath, Thomas L. 1956. The Thirteen Books of Euclid's Elements. Ed. 2. Original publication: Cambridge University Press.

Lee, Jin-Young. Sung-Wook Kim. You-Chang Jeon. 2015. Study of the Control of Geometric Pattern Using Digital Algorithm (with Focus on Analysis and Application of the Islamic Star Pattern). Advances in Materials Science and Engineering Volume 2-3: 1-14.

Siti Zainon Ismail. 2006. Pakaian Cara Melayu. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280