REKA BENTUK DEKORASI DAN RAGAM HIAS PADA BATU NISAN ACEH DI TAPAK LAMREH ACEH BESAR, ACEH, INDONESIA (DECORATIVE DESIGN AND ORNAMENTAL VARIETY OF ACEHNESE TOMBSTONES AT LAMREH ACEH BESAR, ACEH, INDONESIA)

Saryulis -, Husaini Ibrahim, Mokhtar Saidin

Abstract


Tapak Lamreh merupakan daerah yang banyak dijumpai pelbagai artifak di antaranya ialah batu nisan Aceh. Batu nisan Aceh yang dijumpai pada tapak ini sangat beragam reka bentuk dekorasi dan ragam hiasnya. Penyelidikan ini mengamati dekorasi dan ragam hias batu nisan Aceh di tapak Lamreh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan deskriptif analisis terhadap ragam hias tersebut. Hasil analisis terhadap reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh telah mengenal pasti jenis ragam hias flora dan geometri. Kadang kala kedua ragam hias ini dikombinasikan dengan pelbagai reka bentuknya sehingga menghasilkan suatu ragam hias yang sangat unik. Antaranya ialah ragam hias flora seperti bunga awan sitangke, bunga teratai mekar, pucuk rebung, bunga gelima dan kalpataru (pohon hayat) manakala hiasan geometri yang dijumpai pada batu nisan tersebut adalah anyaman tali satu dan anyaman tali dua. Kadang kala anyaman tali tersebut digabungkan dengan hiasan flora. Selain itu, reka bentuk dekorasi yang dijumpai pada batu nisan Aceh menyerupai candi Dravidian atau masjid di Karnataka, India. Dekorasi tersebut didapati mempunyai pengaruh dari India pada bahagian badan kepala batu nisan Aceh. Oleh itu, kesenian masyarakat masa lalu di tapak Lamreh telah bercampur dengan budaya luar. Perpaduan kesenian tersebut mencerminkan budayanya yang beragam.

Kata kunci: Ragam hias, reka bentuk, batu nisan Aceh, tapak Lamreh

 

Lamreh is one of the archaeological sites in Aceh that contains various artefacts, including Acehnese tombstones with various motifs and decorations. This research aims to understand the decorations of Aceh tombstone in Lamreh site, using a descriptive approach to analyze the decorations. Research result shows that there are two types of decorations on Aceh tombstone, namely flora and geometry. These decorations were occasionally combined to produce distinctive floral decorations such as awan sitangke (cloud stalk), bunga teratai mekar (blooming lotus), pucuk rebung (bamboo shoot), bunga gelima (pomegranate flower) and kalpataru (living tree). Diversely, geometry decoration is consists of types known as single-cord weaved and double-cord weaved and sometimes infused with the floral decoration. In general, these decorations have similarities with designs on Dravidian candi (temple) and mosque found in Karnataka, India, signifying an Indian influence on Acehnese tombstones as well as the multicultural feature in the society during that time. 

Keywords: Ornament, decorative design, Aceh tombstone, Lamreh Site


Full Text:

PDF

References


Ambary, H.M. 1984. L’Art Funeraire Musulman En Indonesie Des Origines Au XIX Siecle. Paris.

Ambary, H.M. 1998. Menemukan Peradaban, Arkeologi dan Islam di Indonesia. Edisi ke-2. Jakarta: PT LOGOS Wancana Ilmu.

Ambary, H.M. 2009. Rapport préliminaire sur les Manuscrits anciens et les vestiges épigraphiques de Ternate et Tidore. Archipel 23(1): 135–145.

Arifin, F. 2015. Representasi Simbol Candi Hindu Dalam Kehidupan Manusia : Kajian Linguistik Antropologis. Jurnal Penelitian Humaniora 16(2): 12–20.

Azhari, F. 2016. Pemikiran Hukum Kearifan Lokal Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari Dalam Kitab Sabilal Muhtadin, 1–7.

Bastomi, S. 1992. Pengantar Ilmu Budaya. Semarang: IKIP Semaran.

Djelantik. 1999. Estetika sebuah pengantar, Masyarakat Seni Pertunjukan Indonesia. Bandung: MSPI.

Herwandi. 2003. Bungong Kalimah : Kaligrafi Islam Dalam Balutan Tasawuf Aceh (Abad Ke-16-18 M). Padang: Andalas University Press.

Inagurasi, L.H. 2017. Ragam Hias Batu Nisan Tipe Aceh pada Makam-Makam Kuno di Indonesia Abad ke 13-17. KALPATARU 26(1): 37–52.

Istari, T.M.R. 2018. Ragam Hias Non-Cerita Pada Relief Candi Untuk Perkembangan Motif Batik Kontemporer. Naditira Widya 6(1): 64.

Mulyadi, Y., & Nur, M. 2017. Ragam Hias pada Makam di Komplek Mesjid Makam Turikale di Maros Sulawesi Selatan. KALPATARU 26(1): 27–36.

Munandar, A.A. 2016. Kisah-kisah dan Kepercayaan Rakyat di Seputar Kepurbakalaan. Paradigma, Jurnal Kajian Budaya 2(1): 1.

Othman, M.Y. 1985. Batu Aceh: A study of 15-19 century Islamic gravestones in Peninsular Malaysia. Thesis Ph.D, University of Durham.

Othman, M.Y. 2002. Seni dan Peradaban di Perak Satu Tinjuan Sejarah. Jurnal Arkeologi Malaysia 15:38–46.

Othman, M.Y. 2010. Batu Aceh dan Hubung Kait dengan Penyelidikan Arkeologi di Malaysia. Dlm. Nikh Hassah Shuhaimi & Asyaari Muhamad (pnyt.). Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi di UKM. Bangi:. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perret, D., Arbai’yah, B. M. N., Jamil, B. H. & Saleh, M. A. B. M. 2017. Makam-Makam Islam Lama di Maritim Asia Tenggara. (Miti Fatee, Ed.). Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Perret, D., & Henddy Surachman. 2015. Barus Negeri Kamper Sejarah Abad ke-12 Hingga Pertengahan Abad ke-17. (Ade Pristie Wahyo, Ed.). Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia.

Perret, D. & Razak, K.A. 1999. Batu Aceh: Warisan sejarah Johor. Johor Baharu: Yayasan Warisan Johor.

Repelita, W.O. 2009. Nisan PlakPling, Tipe Nisan Peralihan Dari Pra-Islam Ke Islam. Berkala Arkeologi Sangkhakala 11: 1–9.

Repelita, W.O. 2016. Metamorfose Nisan Aceh, Dari Masa Ke Masa the Metamorphosis of Aceh Tombstones Through Time. Berkala Arkeologi Sangkhakala 19(2): 130–148.

Shaffee, N., & Said, I. 2013. Types of Floral Motifs and Patterns of Malay Woodcarving in Kelantan and Terengganu. Procedia - Social and Behavioral Sciences 105: 466–475.

Zuliskandar Ramli, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Mohd Samsudin, Mohd Rohaizat Abd Wahab, Muhamad Shafiq Mohd Ali, Muhammad Termizi Hasni. 2016. Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia. Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280