GUA LUBANG KELAWAR BATU TAMBAH, HULU KELANTAN: TINGGALAN PETEMPATAN MANUSIA (LUBANG KELAWAR BATU TAMBAH CAVE, HULU KELANTAN: REMAINS OF HUMAN SETTLEMENTS)

Wan Noor Shamimi Wan Azhar, Zuliskandar Ramli, Azimah Hussin

Abstract


Abstrak

Gua Lubang Kelawar Batu Tambah merupakan sebuah tapak prasejarah yang terletak berhampiran dengan perkampungan orang asli di kawasan Hulu Kelantan. Tapak ini dikenalpasti sebagai sebuah tapak yang berpotensi sewaktu tinjauan awal yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli dan pelajar sarjana dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Disember 2016. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti persekitaran dengan jumpaan artifak di gua tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini lebih berfokus kepada kaedah ekskavasi arkeologi yang berasaskan kepada sistem grid. Fokus kajian ini ialah berkaitan dengan jumpaan artifak, ekofak serta lukisan gua yang menjadi bukti kepada penempatan masyarakat prasejarah dan masyarakat orang asli di Gua Lubang Kelawar Batu Tambah. Artifak yang ditemui ialah alat batu seperti kapak, batu pelandas, pengikis, alat penetak, pahat, batu pemukul dan puingan serta jumpaan pecahan tembikar tanah yang tidak bermotif serta yang bermotif cord mark. Penemuan ekofak yang dipercayai sebagai sisa makanan pula ialah seperti cangkerang siput dan tulang haiwan serta penemuan lukisan gua yang bermotif antropomorfik, zoomorfik, flora dan abstrak. Dengan adanya jumpaan artifak, ekofak dan lukisan gua telah menjadi bukti bahawa Gua Lubang Kelawar Batu Tambah pernah digunakan oleh masyarakat prasejarah serta turut digunakan oleh masyarakat orang asli.

Kata Kunci: Gua Lubang Kelawar, artifak, alat batu, ekofak, Kelantan, lukisan gua

 

Abstract

The Lubang Kelawar Batu Tambah Cave is a prehistoric site located near the natives of Hulu Kelantan. This site was identified as a potential site during the preliminary review by Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli and master's student from the Institute of the Malay World and Civilization (ATMA) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in December 2016. This study is aimed to examine the environment with the findings of artifacts in the cave. The method used in this study is more focused on archaeological excavation methods based on the grid system. The focus of this study is on the discovery of artifacts, ecofact and cave paintings that prove to be the prehistoric society and indigenous people in the Lubang Kelawar Batu Cave. The artifacts found were stone tools such as axes, pebbles, scrapers, chopper tools, chisels, hammer stone and the findings of non-patterned earthenware and patterned cord marks. The discovery of ecofact that is believed to be food waste is as shellfish and animal bones and discovery of rock art ia an anthropomorphic, zoomorphic, flora and abstract motifs. With the discovery of artifacts, ecofak and rock art have become evident that the Lubang Kelawar Batu Tambah Cave is used by prehistoric communities and is also used by indigenous peoples.

Keywords: Lubang Kelawar Batu Tambah Cave, artifact, stone tools, ecofact, Kelantan, rock art


Full Text:

PDF

References


Achmad Sopandi Hasan. 2003. Lukisan Gua di Malaysia. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Adnan Jusoh, Mokhtar Saidin & Zuliskandar Ramli. 2018. Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik di Malaysia. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu, hlm. 21-47. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adnan Jusoh, Yunus Sauman @ Sabin & Zuliskandar Ramli. 2017. Lukisan Gua di Semenanjung Malaysia: Motif dan Simbolism Serta Kaitannya Dengan Sosiobudaya Masyarakat Setempat. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM) Ke-6, hlm. 3-18.

Asyaari Muhamad. 2010. Seramik purba yang diperdagangkan di Semenanjung Malaysia. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(1): 3-40.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1987. Gambaran Kelantan sebelum Long Yunus- Satu gambaran umum. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (pnyt.). Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Wan Noor Shamimi Wan Azhar & Zuliskandar Ramli. 2017. Lukisan Primitif Di Gua Kecil Batu Tambah, Gua Lubang Kelawar Batu Tambah & Gua Kemiri. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM) Ke-6, hlm. 207-222.

Wan Noor Shamimi Wan Azhar, Zuliskandar Ramli, Azimah Hussin & Ruzairy Arbi. 2018. Lithic Technology and Material Culture of Haobinhian and Neolithic Settlement in the Lubang Kelawar Batu Tambah Cave. International Journal of Mechanical Engineering and Technology 9(13): 1244–1252.

Zuliskandar Ramli, Mohd Mokhtar Saidin & Stephen Chia. 2018. Teknologi Masyarakat Prasejarah dan Protosejarah. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu. Hlm. 91-137. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuliskandar Ramli. 2019. Penemuan Terkini Tapak Prasejarah di Lembangan Sungai Nenggiri. Jurnal Arkeologi Malaysia 32(1): 1-20.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280