Kajian Kebudayaan Paleolitik Di Sabah

Mohd Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, Peter Molijol

Abstract


Abstrak

Kajian Arkeologi di Sabah hanya bermula sekitar 1960-an, dan diterajui oleh Tom dan Barbara Harrison. Walau bagaimanapun, kajian mereka hanya bersifat tinjauan awal dan ekskavasi. Hasil tinjauan tersebut telah membawa kepada penemuan rangka awal prasejarah yang dikatakan dapat dipertarikhan pada 40,000 Sebelum Masihi. Oleh itu, zaman Paleolitik di Sabah pada awalnya dikatakan bermula agak lewat dan tidak berdasarkan kepada pentarikhan mutlak. Pada tahun 1980-an, Peter Bellwood daripada Universiti National Australia (ANU) telah menjalankan kajian arkeologi yang lebih sistematik dan saintifik di Lembah Tingkayu dan  pentarikhan radiokarbon telah digunakan dalam kajian ini. Susulan daripada pentarikhan mutlak tersebut, maka buat pertama kalinya, kronologi budaya di Lembah Tingkayu dapat dibina. Zaman Paleolitik di Lembah Tingkayu dikatakan bermula sekitar 28,000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa kemungkinan Zaman Paleolitik di Sabah bermula jauh lebih awal lagi. Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian di Lembah Mansuli yang telah memberikan pentarikhan mutlak dengan kaedah pandar kilauan rangsangan optik iaitu 235,000 tahun dahulu. Kajian arkeologi di Sabah juga telah menunjukkan bahawa selain di timur Sabah, bahagian pedalaman sebelah barat Sabah turut memiliki tapak terbuka Paleolitik. Tapak ini berusia sekitar 53,000 hingga 44,000 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan pandar kilauan rangsangan optik. Ini menunjukkan bahawa bahagian barat dan pendalaman Sabah lebih lewat diduduki oleh masyarakat Paleolitik berbanding dengan di timur Sabah. Selain itu, di bahagian utara Sabah juga turut ditemui tapak terbuka Paleolitik. Kedua-dua tapak ini dikatakan merupakan bengkel pembuatan alat batu. Penyelidikan arkeologi di Sabah juga turut menunjukkan bahawa material batuan untuk penghasilan alat batu juga berbeza mengikut kawasan. Di pedalaman Sabah, batuan kuarzit telah digunakan sebagai sumber material batuan, sementara batuan rijang pula telah digunakan di bahagian utara dan timur Sabah. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik di Sabah mengetahui jenis material batuan yang sesuai untuk dijadikan alat batu yang terdapat di persekitarannya.  Keberadaan sumber bahan asas batuan ini juga berkemungkinan menjadi salah satu faktor sesuatu kawasan tersebut diduduki oleh masyarakat Paleolitik.

Kata kunci: Paleolitik, pentarikhan radiokarbon

 

 Abstract

 

Archaeological studies in Sabah only began around the 1960s by Tom and Barbara Harrison. However, this study was only a survey with few excavations in the form of excavation attempts. The results of the survey have provided a prehistoric skeleton in Sabah which is said to have begun around 40,000 BC. Thus, the Paleolithic Age in Sabah was found to be quite late. However, the age is not based on absolute appointments. In the 1980s, Peter Bellwood from the National University of Australia (ANU) conducted a more systematic and scientific archaeological study in the Tingkayu Valley. In fact, radiocarbon dating has been used in this study. Following the absolute deed, for the first time, cultural chronology in the Tingkayu Valley can be built. However, the early age of the Paleolithic Age in the Tingkayu Valley was said to have begun around 28,000 years ago. These appointments represent the early age of Paleolithic in Sabah. However, recent studies show that the possibility of Paelolitical Age in Sabah began much earlier. This is based on a study in the Mansuli Valley which has given absolute predictions by the optical stimulus shine method of 235,000 years ago. This has changed the prehistory of Sabah much earlier than before. In addition, archaeological studies in Sabah have also shown that not only in the east of Sabah have evidence of Paleolithic culture but in the western section of Sabah's West Paleolithic discovery. The site is said to be around 53,000 to 44,000 years ago based on the absolute dating of the optical stimulus shine method. This suggests that the possibility of the western part and deepening of Sabah is somewhat late occupied by the Paleolithic society compared to the east of Sabah. Additionally, in the northern part of Sabah was also found Paleolithic open site. Both sites are said to be stone tools manufacturing workshops. Archaeological research in Sabah also shows that rock material for the production of stone tools also varies by area. In the Sabah Deepening Division, quartzite rocks have been used as rock material resources, while rivers have been used in the northern and eastern parts of Sabah. This also shows that the Paleolithic community in Sabah knows the kind of rock material that is suitable to be used as a stone tool in the environment. The availability of these rock material resources is also likely to be one of the factors in which the area is occupied by the Paleolithic community.

Keywords: Paleolithic, radiocarbon dating


Full Text:

PDF

References


Adams J.M. dan Faure H., eds. 1997. Review and Atlas of Palaeovegetation: Preliminary land ecosystem maps of the world since the Last Glacial Maximum. Oak Ridge National Laboratory: TN, USA.

Affendy Rahmat,2Peter Molijol dan Jeffrey Abdullah. 2014. Penemuan Tapak Arkeologi di Bahagian Utara Sabah. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah 12: 70-82.

Bellwood, P. 1988. Archaeological research in South-Eastern Sabah. Sabah Museum Monograph 2. Sabah: Sabah Museum and State Archives.

Bird, M.I., Taylor, D. dan Hunt, C. 2005. Palaeoenvironments of insular Southeast Asia during the last glacial period: A savanna corridor in Sundaland? Quaternary Science Review 24: 2228-2242.

Hall R. & C.K. Morley 2004. Sundaland Basins. Dlm. P. Clift, P. Wang, W. Kuhnt, D.E. Hayes (Eds.), Continent–Ocean Interactions within the East Asian Marginal Seas, AGU Geophysical Monograph, vol. 149, American Geophysical Union, , pp. 55–85.

Harrisson, T. dan B. Harrisson 1971. The Prehistory of Sabah, Sabah Society Journal Monograph IV.

Higham, T.G.F, Barton, H. Turney, C.S.M., Barker, G., Ramsey, C.B.,dan Brock, F. 2009. Radiocarbon dating of charcoal from tropical sequences: Results from the Niah Great Cave, Sarawak, and their broader implications. Journal of Quaternary Science 24: 189–197.

Jaffrie Ignatius 2000. Pulau Balambangan dan sumbangannya kepada Zaman Paleolitik di Asia Tenggara. Tesis M.A. Universiti Sains Malaysia.

Jeffrey Abdullah. 2005. Human teeth of the Paleolithic period from Gua Balambangan, Sabah. Dlm. Zuraina Majid (Ed.). The Perak Man and Other Prehistoric Skeletons of Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jeffrey Abdullah. 2013. Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah: Dalam Prasejarah Asia Tenggara. Siri Arkeologi Perdana. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jeffrey Abdullah. 2014. Pulau Balambangan: Bukti Kebudayaan Paleolitik 17,000-8,000 Tahun Dahulu. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah 12: 111-125.

Jeffrey Abdullah. 2015. Kebudayaan Paleolitik di Lembah Mansuli semasa Pleistosen Tengah Hingga Pleistosen Akhir (235,000 -11,000 tahun dahulu). Tesis Doktor Falsafah USM.

Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, P. Koon dan P. Molijol. 2008. Bukti Kebudayaan Paleolitik di Lahad Datu, Sabah: Laporan Awal. Jurnal Arkeologi Malaysia 21: 21-30.

Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, Peter Molijol, Peter Koon, Velat Bujeng, Azman Abdullah, Nor Khairunnisa Talib, Affendy Rahmat, George Jonis, Tan Chin Hock, Siti Faridah Hanim, Ratnah Wati Mohd Rapi, Norazwan Hashim dan Noor Erma Abdullah. 2014. Kajian Arkeologi di Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Monograf Muzium Sabah 12: 28-41

Louys, J. 2007. Quaternary extinctions of Southeast Asia’s megafauna. Dlm. M.L. Cupper dan S.J. Gallagher (Ed.). Climate Change or Human Impact? Australia’s megafaunal extinction, Selwyn Symposium of the GSA Victoria Division, September 2007, Geological Society of Australia Extended. No. 79.

Metcalfe, I. 2011. Tectonic framework and Phanerozoic evolution of Sundaland. Gondwana Research, 19(1): 3-21.

Muhamad Barzani Gasim, Dale Brunotte, Sahibin Abdul Rahim, Sahat Sadikun dan Sanudin Tahir . 1994. Geology of the Gunung Danum conservation area: Geochemistry and soil aspects. Bulletin of the Geological Society of Malaysia 35: 145-155.

Mokhtar Saidin. 1997. Kebudayaan Paleolitik di Malaysia: sumbangan tapak Lawin, Perak dan Tingkayu, Sabah. Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia.

Mokhtar Saidin. 2014. Tingkayu, Sabah: Bukti Bengkel Akhir Paleolitik 12,000 Tahun Dahulu. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah Volume 12: 83-96.

Norazwan Hashim, Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, Peter Molijol, Affendy Rahmat, Osman Nassib dan Mohammad Faris Sayuthi. 2014. Laporan Awal: Kerja Lapangan Ekskavasi Bukit Sagang, Kota Marudu, Sabah. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah 12: 83-96.

Siti Faridah Hanim, Jeffrey Abdullah, Norazwan Hasyim, Noor Erma Abdullah, Peter Molijol, Affendy Rahmat, Osman Nassib, dan Mokhtar Saidin. 2014. Kajian Awal: Tapak Terbuka Paleolitik Bingkor, Keningau, Sabah-Bukti 44,000-53,000 tahun dahulu. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah 12: 64-69.

Wasli, S., Musta, B., dan Bhattachrya, S. K. 2011. Geochemistry of Kalabakan soils. In National Postgraduate Conference (NPC), 2011 (pp. 1-5). IEEE.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280