skip to Main Content

IKATAN X ICOMOS MALAYSIA: Bual Survarnadvipa Siri 4

KAJIAN ARKEOMETRI DI KOMPLEKS PERCANDIAN BATUJAYA, JAWA BARAT, INDONESIA

Tarikh : 27 November 2021
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tgh

Penceramah: En. Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali
Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA)
merangkap
Bendahari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)

ABSTRAK

Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, Jawa Barat. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan bata tersebar dalam lingkungan 5 km persegi. Tumpuan utama diberikan kepada kearifan masyarakat tempatan dalam teknologi pembuatan bata sebagai bahan binaan utama candi di Kompleks Percandian Batujaya. Analisis kandungan kimia diperoleh daripada kaedah XRD untuk mendapatkan kandungan mineral bata dan XRF untuk mendapatkan unsur utama serta unsur surih bata. Bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan bata diambil dari kawasan sekitar. Penggunaan bahan mentah setempat dapat membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam membina dan membangunkan monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya.

Klik untuk pendaftaran

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top