TEROMBA SEBAGAI INSTRUMEN SOSIAL: PENGUKUHAN PERPADUAN DALAM KOMUNITI ADAT PERPATIH (TEROMBA AS A SOCIAL INSTRUMENT: STRENGTHENING SOCIAL COHESION IN THE ADAT PERPATIH COMMUNITY)

Rusmawani Ujang, Zuraidah Hassan

Abstract


Abstrak 

Kajian ini meneliti peranan teromba sebagai instrumen sosial dalam masyarakat Adat Perpatih di Luak Ulu Muar, Negeri Sembilan, khususnya dalam mengukuhkan kesepaduan komuniti. Teromba sebagai salah satu bentuk sastera lisan Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai ungkapan estetika bahasa, malah mengandungi nilai, norma dan prinsip adat yang membentuk struktur sosial masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis fungsi teromba dalam memperkukuh kesepaduan sosial dalam kalangan komuniti Adat Perpatih. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap teks-teks teromba serta temu bual mendalam bersama informan adat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teromba berfungsi sebagai mekanisme legitimasi sosial yang mengabsahkan struktur kepimpinan adat, medium pendidikan nilai yang membentuk identiti kolektif komuniti, serta penyelaras tingkah laku sosial dalam masyarakat. Melalui pengucapan dan pengamalan teromba dalam pelbagai majlis adat, nilai muafakat, penghormatan terhadap pemimpin dan semangat kebersamaan dipupuk serta dipelihara secara berterusan. Kesimpulannya, teromba bukan sekadar warisan sastera lisan, tetapi merupakan wahana penting yang menyumbang kepada pengukuhan kesepaduan sosial dan pembinaan identiti kolektif dalam masyarakat Adat Perpatih. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan kerangka teoretikal sosiobudaya dengan menegaskan peranan tradisi lisan sebagai mekanisme pembinaan solidariti komuniti dalam konteks masyarakat Melayu tradisional. 

Kata kunci: Adat Perpatih, komuniti, perpaduan sosial, sastera lisan, teromba

 

Abstract 

This study examines the role of teromba as a social instrument within the Adat Perpatih community in Luak Ulu Muar, Negeri Sembilan, particularly in strengthening communal cohesion. As a form of Malay oral literature, teromba functions not only as an aesthetic expression of language but also as a cultural medium that embodies values, norms, and customary principles shaping the social structure of the community. The objective of this study is to analyse the functions of teromba in reinforcing social cohesion within the Adat Perpatih community. This research adopts a qualitative approach through document analysis of teromba texts and in-depth interviews with knowledgeable adat informants. The findings reveal that teromba serves as a mechanism of social legitimation that validates traditional leadership structures, acts as a medium for transmitting communal values that shape collective identity, and functions as a regulator of social behaviour within the community. Through its recitation and application in various customary ceremonies, values such as consensus, respect for traditional leadership, and a sense of communal solidarity are continuously cultivated and sustained. In conclusion, teromba is not merely a form of oral literary heritage but a significant cultural medium that contributes to the strengthening of communal cohesion and the formation of collective identity within the Adat Perpatih community. This study also contributes to the theoretical understanding of oral traditions as mechanisms for sustaining social solidarity in traditional societies. 

Keywords: Adat Perpatih, community, oral literature, social cohesion, teromba.


Full Text:

PDF

References


Abdul Karim Mansor. 2015. Adat Perpatih di Negeri Sembilan: Satu analisis sosial dan budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Durkheim, E. 1984. The division of labour in society (W. D. Halls, Trans.). Macmillan. (Original work published 1893)

Geertz, C. 1973. The interpretation of cultures. Basic Books.

Halbwachs, M. 1992. On collective memory. University of Chicago Press.

Ibn Khaldun. 1967. The Muqaddimah: An introduction to history (F. Rosenthal, Trans.). Princeton University Press.

Ishak Haji Muhammad. 1990. Sastera rakyat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koentjaraningrat. 1985. Pengantar ilmu antropologi. Aksara Baru.

Mohd Rosli Saludin. 2004. Teromba dan pemikiran masyarakat Adat Perpatih. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhalim Ibrahim. 1993. Adat Perpatih: Perbezaan dan persamaannya dengan Adat Temenggung. Fajar Bakti.

Norhalim Ibrahim. 2007. Adat Perpatih dan budaya masyarakat Negeri Sembilan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parsons, T. 1951. The social system. Free Press.

Rahimah Abdul Aziz. 2001. Sosiologi budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Masyarakat Malaysia yang membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Vansina, J. 1985. Oral tradition as history. University of Wisconsin Press.

Weber, M. 1978. Economy and society: An outline of interpretive sociology. University of California Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280