TRANSFORMASI INSTITUSI PEMBESAR PAHANG DALAM ERA DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN: ANALISIS KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN DAN LEGITIMASI MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-WATAN TRANSFORMATION OF THE PAHANG NOBLE INSTITUTION IN THE ERA OF CONSTITUTIONAL DEMOCRACY: AN ANALYSIS OF CONSTITUTIONAL POSITION AND LEGITIMACY FROM THE PERSPECTIVE OF FIQH AL-WATAN
Abstract
Abstrak
Artikel ini bertujuan mengenal pasti dan menilai peranan kontemporari pembesar Pahang dalam kerangka pentadbiran negeri dan masyarakat kontemporari melalui Konsep Fikh Al-Watan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan reka bentuk interpretatif melalui temu bual berstruktur bersama informan utama iaitu pembesar negeri dan pegawai institusi agama serta analisis dokumen perundangan dan literatur berkaitan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengenal pasti pola dan makna utama berkaitan transformasi fungsi institusi pembesar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa institusi pembesar telah mengalami peralihan signifikan daripada fungsi pentadbiran tradisional kepada peranan yang lebih bersifat simbolik, sosial dan representatif. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti tiga dimensi utama peranan kontemporari pembesar iaitu sebagai penyokong institusi diraja dalam aspek adat dan istiadat, sebagai agen sosial yang berfungsi sebagai perantara antara rakyat dan pemerintah serta sebagai simbol legitimasi budaya dalam masyarakat. Kajian ini turut mendapati wujudnya dualisme peranan antara pembesar dan pentadbir moden yang mencerminkan pembahagian fungsi antara institusi tradisional dan birokrasi kontemporari. Dari perspektif Fiqh Al-Watan, transformasi ini menunjukkan bahawa institusi pembesar masih selari dengan prinsip maslahat, kestabilan dan penyesuaian struktur pemerintahan. Sumbangan utama kajian ini adalah memperluaskan pemahaman tentang institusi pembesar sebagai entiti yang masih relevan dalam tadbir urus moden dan bukan sekadar tinggalan sejarah. Novelti kajian ini terletak pada integrasi analisis empirikal dengan kerangka Fiqh Al-Watan dalam menilai semula peranan institusi tradisional dalam konteks pentadbiran kontemporari.
Kata kunci: Pembesar Pahang,tadbir urus tempatan, autoriti sosial, institusi diraja
Abstract
This article aims to identify and evaluate the contemporary roles of the Pahang nobility within the framework of state administration and contemporary society through concept of Fikh Al-Watan. The study adopts a qualitative approach based on an interpretative design through structured interviews with key informants, namely state nobles and officials from religious institutions, as well as document analysis of legal materials and relevant literature. The data were analysed using thematic analysis to identify key patterns and meanings related to the transformation of the functions of the noble institution. The findings indicate that the institution of the nobility has undergone a significant transition from traditional administrative functions to roles that are more symbolic, social, and representative in nature. Specifically, the study identifies three principal dimensions of the contemporary roles of the nobility: as supporters of the royal institution in matters of custom and ceremonial practices, as social agents functioning as intermediaries between the people and the rulers, and as symbols of cultural legitimacy within society. The study further reveals the existence of a dualism of roles between the nobility and modern administrators, reflecting a division of functions between traditional institutions and contemporary bureaucracy. From the perspective of Fiqh Al-Watan, this transformation demonstrates that the institution of the nobility remains aligned with the principles of maslahah, stability, and adaptive governance. The principal contribution of this study lies in expanding the understanding of the noble institution as an entity that remains relevant in modern governance rather than merely a historical relic. The novelty of this study resides in the integration of empirical analysis with the framework of Fiqh Al-Watan in reassessing the role of traditional institutions within the context of contemporary administration.
Keywords: Pahang, Pembesar, fiqh al-watan, local governance, social authority, royal institutionFull Text:
PDFReferences
Ahmad Farid Abd Jalal, Rahimin Affandi Abdul Rahim, & Awang Azman Awang Pawi. 2022.Manuskrip Hukum Kanun Pahang: Antara kepentingan dan kritikan sarjana kolonial. Jurnal Melayu Sedunia 5(1): 89–99.
Ahmad Nabil b. Amir. 2009.Sistem politik Islam di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Jurnal Usuluddin 29: 221–252.
Al-Faruqi, I. R. 2019. Islamization of Knowledge: General Principles and Work Plan. Herndon: IIIT.
Al-Mawardi, A. H. 1989. Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Qaradawi, Y. 2001. Fiqh al-dawlah fi al-Islam. Cairo: Dar al-Shuruq.
Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. 2017. A History of Malaysia (3rd ed.). London: Palgrave Macmillan.
Aruna Gopinath. 1993. Pahang 1880–1933: A political history. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Auda, J. 2008. Maqasid al-Shariah as Philosophy of Islamic Law: A Systems Approach. London: The International Institute of Islamic Thought.
Bharuddin Che Pa, & Farizah Zulkafli. 2014.Pengasingan kuasa menurut perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia. Jurnal Syariah 22(1): 21–56.
Dahl, R. A. 1989. Democracy and Its Critics. New Haven: Yale University Press.
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. 2025. Temubual mengenai peranan pembesar (Informan I). [Mac 31].
Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain. 2025. Temubual mengenai peranan pembesar (Informan II). [Mac 31].
Gullick, J. M. 1958. Indigenous Political Systems of Western Malaya. London: The Athlone Press.
Harding, A. 2012. The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis. Oxford: Hart Publishing.
Held, D. 2006. Models of Democracy (3rd ed.). Cambridge: Polity Press.
Ibn Taymiyyah, A. 1998. Al-Siyasah al-Shar‘iyyah fi Islah al-Ra‘i wa al-Ra‘iyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Kamali, M. H. 2019. Citizenship and Accountability of Government: An Islamic Perspective. Cambridge: The Islamic Texts Society.
Kamil, I. M., Samsudin, N. M. I., Ahmad Shukri, N. F. I., Abdul Manap, M., Abd Rahim, F. S., Abdul Rahman, N. R. A., & A’zmi, A. A. 2025. Perkembangan teori Fiqh Al-Watan di Pahang. International Journal of West Asian Studies.
Milner, A. C. 1982. Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule. Tucson: University of Arizona Press
Nik Mohd Sofa’Urrahman bin Nik Mohd Rosdi. 2025a. Kelebihan zamani, makani dan diri dalam syariat sebagai pemangkin konsistensi ibadat dan manifestasi fiqh al-watan. Tazkirah Jumaat IIDM-MUIP, Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Nik Mohd Sofa’Urrahman bin Nik Mohd Rosdi. 2025b. Kewajipan mentaati sultan: Satu prinsip agama dan kedaulatan. Tazkirah Jumaat IIDM-MUIP, Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Nik Mohd Sofa’Urrahman bin Nik Mohd Rosdi. 2025c. Demokrasi melunturkan hakikat syariah dan kesesuaian sistem kesultanan Melayu dengan ruh Islam. Tazkirah Jumaat IIDM-MUIP, Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Nik Mohd Sofa’Urrahman bin Nik Mohd Rosdi. 2025d. Cinta tanah air (hubbul watan) adalah tuntutan syariat Islam bukan perkauman. Tazkirah Jumaat IIDM-MUIP, Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Nur Mohd Iqzuan Samsudin, Nur Fatin Izzati Ahmad Shukri, Marina Abdul Manap, Fathin Shahirah Abd Rahim, Nur Rabiatul Adawiah Abdul Rahman, Zuraidah Hassan, & Abd Aziz A’Zmi. 2025. Perkembangan peranan pembesar di Pahang: Tinjauan awal melalui pendekatan pensejarahan perundangan. Asian Journal of Environment, History and Heritage 9(2): 183–196.
Shamsul Amri Baharuddin. 1996. Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast Asian Studies 34(3): 476–499.
Steven Levitsky & Daniel Ziblatt. 2023. Tyranny of the Minority. Crown; New York
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2022. Kedaulatan Raja-Raja Melayu: Peranan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Yusof, M. A., Yusof, A., & Ibrahim, A. F. 2026. Sifat dan konstruk Fiqh Al-Watan dalam masyarakat Melayu. International Journal of West Asian Studies
Refbacks
- There are currently no refbacks.

IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA
d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280