SUMBANGAN NIK HASSAN SHUHAIMI SEBAGAI TOKOH ARKEOLOGI MALAYSIA
Abstract
Abstrak
Makalah ini membincangkan peranan dan sumbangan Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman sebagai tokoh arkeologi Malaysia yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bidang disiplin arkeologi di Malaysia dari tahun 1972 hingga 2022. Tumpuan penulisan secara awalan dengan meneliti latar belakang kehidupan, kerjaya akademik, sumbangan penyelidikan serta usahanya dalam memantapkan warisan negara melalui pengembangan bidang arkeologi dalam Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan ialah melalui secara pendekatan kualitatif iaitu membuat analisis terhadap dokumen, penulisan ilmiah, ucapan rasmi dan temu bual dengan bekas pelajar beliau dan juga ahli akademik yang pernah bekerja dengan beliau. Dapatan hasil penelitian menunjukkan bahawa beliau merupakan ahli arkeologi tempatan generasi pertama yang berjaya membangunkan bidang arkeologi di Malaysia, berjaya mengembangkan jaringan penyelidikan serantau dan mempertahankan warisan negara melalui bukti arkeologi. Makalah ini juga menonjolkan bagaimana pemikiran dan pendekatan beliau memberikan impak besar terhadap perkembangan akademik dan pemuliharaan warisan negara. Oleh itu, kajian melalui biografi ini dapat mendokumentasikan perjalanan hidup seorang tokoh arkeologi tempatan dan memberikan kefahaman kepada generasi kemudian dalam memahami perkembangan sejarah dan arkeologi tempatan.
Kata kunci: Nik Hassan Shuhaimi; arkeologi Malaysia; kearifan tempatan;
Abstract
This paper discusses the role and contribution of Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman as a Malaysian archaeological figure who played an important role in the development of the discipline of archaeology in Malaysia from 1972 to 2024. The focus of the writing is initially to examine the background of his life, academic career, research contributions and his efforts in strengthening the national heritage through the development of the field of archaeology in Malaysia by local people. The research methodology used is through a qualitative approach, namely analyzing documents, scholarly writings, official speeches and interviews with his former students and also academics who have worked with him. The findings of the research show that he is the first generation local archaeologist who successfully developed the field of archaeology in Malaysia, successfully expanded the regional research network and defended the national heritage through archaeological evidence. This paper also highlights how his thinking and approach have a great impact on academic development and the conservation of the national heritage. Therefore, a study through this biography can document the life journey of a local archaeological figure and provide understanding to future generations in understanding history and archaeology.
Keywords: Nik Hassan Shuhaimi; Malaysian archaeology; local wisdom
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli. 2013. Panji Pendeta: Memperingati 50 Tahun Professor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman dalam Bidang Pendidikan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.
AP/1221/G No. 2414/97, Pengenalan bidang arkeologi: Isu-isu dan permasalahan, 2007, Nik Hassan Shuhaimi, Arkib Negara Malaysia
Asyaari Muhammad. 2018. Pemartabatan Bidang Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dlm. Asyaari Muhamad (pnyt.). Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini, hlm. 24. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hole, F. dan R.F. Heizer. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruzzaman Ayob, Asyaari Muhamad & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2018. Khazanah Arkeologi Pulau Kalumpang: Kajian Terkini. Dlm. Asyaari Muhamad (pnyt.). Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Abdul Latib Ariffin. 1998. Penyelidikan Arkeologi di Pulau Buluh, Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing, Perak. Jurnal Arkeologi Malaysia 1: 36-49.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2010. Atifak Kebudayaan Melayu: Sumbangan Arkeologi dan Arkeologis. Jurnal Persepektif 2(1): 144.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2018. Tiga Puluh Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dlm. Asyaari Muhamad (pnyt.). Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini, hlm. 47. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia..
Renfrew, C., & Bahn, P. 2016. Archaeology: Theories, Methods, and Practice (7th ed.). Thames & Hudson.
Zuliskandar Ramli. 2012. Proses Akulturasi Budaya India dan Transformasi Ilmu Masyarakat Melayu Kedah Tua Berdasarkan Data Arkeologi dan Kajian Saintifik. Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zuliskandar Ramli. Nik Hassan Shuhaimi. Adnan Jusoh & Muhammad Rizal Razman. 2014. Interpretasi Terkini Data Arkeologi Di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Kedah. International Journal of The Malay World And Civilisation 2(2): 81-90.
Refbacks
- There are currently no refbacks.

IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA
d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280