KEARIFAN TEMPATAN MASYARAKAT BATUJAYA DALAM PEMBUATAN BATA CANDI LOCAL WISDOM OF THE BATUJAYA COMMUNITY IN MAKING TEMPLE BRICKS

Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli, Yunus Sauman

Abstract


Abstrak 

Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, pantai utara Jawa Barat. Kompleks percandian ini terletak dalam dua kawasan pentadbiran desa iaitu Desa Segaran dan Desa Telagajaya. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan diperbuat daripada bata tersebar dalam lingkungan 5 km persegi kawasan sawah padi. Dalam kajian ini, tumpuan utama diberikan kepada kearifan masyarakat tempatan dalam teknologi pembuatan bata sebagai bahan binaan utama monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua sumber iaitu sumber pertama dalam bentuk data saintifik yang didapati daripada hasil analisis kandungan kimia bata dan sumber kedua adalah melalui penulisan-penulisan awal yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum ini. Analisis kandungan kimia sebagai sumber pertama diperoleh daripada dua kaedah iaitu dengan menggunakan radas Sinar-X Terbelau (XRD) untuk mendapatkan kandungan mineral bata dan Sinar-X Berpendarflor (XRF) untuk mendapatkan maklumat unsur utama serta unsur surih bata. Bata daripada enam buah candi dipilih sebagai sampel kajian ini. Candi yang dipilih adalah Candi Jiwa, Candi Blandongan, Candi Asem, Candi Damar, Candi Lingga dan Candi Serut. Analisis kandungan mineral bata mendapati terdapatnya mineral anortit dan hematit pada kebanyakan bata. Ini menunjukkan bata telah dibakar pada suhu melebihi 850oC. Ini menunjukkan bahan mentah yang digunakan mempunyai kandungan pasir yang tinggi. Taburan sampel secara berkelompok menunjukkan sampel bahan mentah yang digunakan untuk membuat bata diambil daripada kawasan yang sama atau berhampiran. Perbandingan taburan antara sampel bata dan juga sampel lempung dari kawasan sekitaran Kompleks Percandian Batujaya menunjukkan terdapatnya persamaan dalam kandungan unsur utama pada kedua-dua sampel. Ini membuktikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan bata diambil dari kawasan sekitar Kompleks Percandian Batujaya. Penggunaan bahan mentah setempat dapat membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam membina dan membangunkan monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya. 

Kata kunci: Bata, protosejarah, XRD, XRF, Batujaya

 

Abstract 

Batujaya Temple Complex is located in Karawang, West Java Province. This complex is located in the Segaran and Telagajaya administrative area. There are more than 20 scattered ruins of monument temples in the range of 5 km square which consists of rice fields. The main focus of this study is to look into the local wisdom of communities in brick making technology used as the main building material in the Batujaya Temple Complex. This study was conducted by using two sources, the primary source was in the form of scientific data obtained from the brick chemical content analysis and the secondary sources is through early writings that have been published by researchers before. Chemical composition analysis as the primary source was obtained from two methods by using X-Ray Diffraction to determine the mineral content of the brick and X-Ray Fluorescence to determine the trace and major elements of the brick. For this study, samples are taken from six temple’s bricks namely Candi Jiwa, Candi Blandongan, Candi Asem, Candi Damar, Candi Lingga and Candi Serut. Mineral content analysis in the bricks show the presence of anorthite and hematite in most of the brick samples. It shows that the bricks were burned at temperatures exceeding 850oC. It shows that the raw materials used have a high in sand content. Sample group distribution showed that the raw material used to make bricks were taken from the surrounding area. Comparison between distribution of bricks samples and clay samples from the complex area show that there are similarities in the content of the main elements. This proves that the raw materials used for bricks manufacture were taken from the nearby Batujaya Temple Complex. Local raw materials used for bricks manufacture have proven the local communities’ role in building and developing monuments in Batujaya Temple Complex. 

Keywords: Brick, protohistory, XRD, XRF, Batujaya

Full Text:

PDF

References


Djafar, Hasan. 1990. Daftar Inventaris Peninggalan Arkeologi Masa Tarumanagara. Jakarta: Universitas Tarumanagara.

Djafar, Hassan. 2010. Kompleks Percandian Batujaya: Rekonstruksi Sejarah Kebudayaan Daerah Pantai Utara Jawa Barat. Bandung: Penerbit Kiblat Buku Utama, EFEO, Pusat Penelitian dan Pengembangan Arkeologi Nasional & KITLV, Jakarta.

Sutikno. 1990. Laporan Penelitian Regional Zoning Situs Trawas (Jatim), Batujaya (Bekasi-Karawang), Kembang Unglen dan Tanjung Rawa (Palembang). Bahian B: Situs Purbakala Batujaya (Bekasi-Karawang). Dok. No.: 2/1900. [Cibinong]: Badan Koordinasi Survey dan Pemetaan Nasional (Bakosurtanal)/Fakultas Geografi Universitas Gadjah Mada/ Direktorat Perlindungan dan Pembinaan Peninggalan Sejarah dan Purbakala (Ditlinbinjarah).

Zuliskandar Ramli. 2012. Proses Akulturasi Budaya India dan Transformasi Ilmu Masyarakat Melayu Kedah Tua Berdasarkan Data Arkeologi dan Kajian Saintifik. Tesis kedoktoran, Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cardiano P., Ioppolo S., Stefano C.D., Pettignano A., Sergi S., Piraino P. 2004. Study and characterization of the ancient bricks of monastery of “San Filippo di Fragala” in Frazzano (Sicily). Analytica Chimica Acta 519: 103-111.

Cultrone, G., Sebastian E., de la Torre M.J. 2005. Mineralogical and physical behaviour of solid bricks with additives. Construction and Building Materials 19: 39-48.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280