FALSAFAH CERITA DAN MAKNANYA YANG TERSIRAT PADA BATU MEGALITIK DI LUAK TANAH MENGANDUNG (THE PHILOSOPHY OF THE STORY AND ITS IMPLICIT MEANING IN THE MEGALITHIC STONE IN LUAK TANAH MENGANDUNG)

Mohd Rosli Saludin, Farah Damayanty Ahmad

Abstract


Abstrak 

Kajian ini memfokuskan tentang falsafah cerita dan maknanya yang tersirat pada batu megalitik yang banyak terdapat di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Luak Tanah Mengandung itu meliputi Ulu Muar, Jempol, Terachi, Inas dan Gunung Pasir. Teori yang digunakan ialah teori Teksdealisme yang menekankan prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keunggulan. Teori ini dipopularkan oleh Mana Sikana.  Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Objektif kajiannya adalah mengkaji falsafah cerita dan maknanya di sebalik batu megalitik di Luak Tanah Mengandung, mengenal pasti pengaruh falsafah cerita dan maknanya pada batu megalitik terhadap adat, budaya dan warisan masyarakat Luak Tanah Mengandung dan mencadangkan usaha untuk melestarikan batu megalitik supaya ianya kekal sepanjang zaman. Cerita dan makna yang dianalisis adalah kisah sejarah, adat, budaya dan warisan yang terdapat di sebalik wujudnya batu megalitik yang diceritakan.  Juga dianalisis falsafah cerita dan maknanya yang terdapat melalui tokoh terpilih yang banyak menyimpan cerita batu ini.  Adalah didapati bahawa masyarakat akan turut memelihara batu tersebut jika ia tahu cerita dan makna di sebalik batu ini yang boleh dijadikan sebagai lambang kemegahan dan juga jati diri. Kajian ini juga boleh menjadi suatu panduan kepada semua pihak bahawa batu tersebut akan sentiasa terjaga jika masyarakat tahu sejarah, budaya dan warisan batu itu. 

Kata kunci: Falsafah cerita, maknanya yang tersirat, batu megalitik, Luak Tanah Mengandung

 

Abstract 

This study focuses on the philosophy of the story and its implicit meaning in the megalithic rocks that are abundant in Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Luak Tanah Mengandung covers Ulu Muar, Jempol, Terachi, Inas and Gunung Pasir. The theory used is the theory of Textualism which emphasizes the principles of presence, collision, reinforcement and superiority. This theory was popularized by Mana Sikana. This study uses written materials in the library whether books, journals or seminar papers and so on. The objective of the study is to study the philosophy of the story and its meaning behind the megalith in Luak Tanah Mengandung, identify the influence of the philosophy of the story and its meaning on the megalith on the customs, culture and heritage of the Luak Tanah Mengandung community and suggest efforts to preserve the megalith so that it remains throughout the ages. The stories and meanings analyzed are the stories of history, customs, culture and heritage that lie behind the existence of the megalithic rocks being narrated. Also analyzed the philosophy of the story and its meaning found through selected figures who keep many of these stone stories. It was found that the community will also preserve the stone if it knows the story and meaning behind this stone which can be used as a symbol of grandeur and identity. This study can also be a guide to all parties that the stone will always be preserved if the community knows the history, culture and heritage of the stone. 

Keywords: Philosophy of the story, its implied meaning, megalith, Luak Tanah Mengandung

Full Text:

PDF

References


Abdul Samad Idris. 1994. Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram Luak Tanah Mengandung. Seremban: Muzium Negeri Sembilan.

Abdul Samad Idris. 1987. Takhta Kerajaan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn Bhd.

Adnan Jusoh, Yunus Sauman@Sabin, Ruzairy Arby & Zuliskandar Ramli. 2018. Kebudayaan Megalith Di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia 31(1): 1-18.

Berita Harian. 21 November 2017.

Buyong Adil. 1951. Sejarah Alam Melayu. Tanjong Malim: SITC

Dani Salleh. 2008. Sungai sebagai alternatif produk pelancongan di Negeri Kedah. Dlm. Mohamad Sukeri Khalid, Rohana Yusof, Mohamad Mustafa Ishak, Abdul Rahman Aziz, Mohd. Fo’ad Sakdan & Shafee Saad, Kedah 100 tahun 1900-2000: Isu-isu Politik dan Sosio-ekonomi. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Harian Metro. 15 November, 2014: hal 5.

Ismail Hadi. 1987. Adat Berpuar. Jurnal Warisan: Jurnal Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan 12.

Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2008. Kepengarangan Masuri S.N. Seminar Masuri S.N. Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu. Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

Mana Sikana. 2008. Intan karya Abdullah Husain: Satu huraian teori teksdealisme, Abdullah Husain dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2006. Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2006. Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang daripada perspektif teori Teksdealisme. Seminar Pemikiran SN Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2001. Konsep dan Semangat Patriotisme dalam Drama Melayu Moden, Globalisasi dan Patriotisme dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 1996. Teori Teksdealisme. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rosli Saludin. 2019. Sejarah Raja Negeri Sembilan. Kuala Pilah: Telapak Warisan.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Zuliskandar Ramli. 2018. Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad, Siti Salina Masdey, Natasha Edreena Mohamad Nasruddin, Nur Farriehah Azizan, Muhammad Shafiq Mohd Ali. 2019. Pemetaan Tapak Megalith Di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, Darul Khusus. Jurnal Arkeologi Malaysia 32(2): 77- 126.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280