PEMETAAN DAN ANALISIS TIPOLOGI REKAAN MAHKOTA ATAP MASJID TRADISIONAL DI NEGERI MELAKA (MAPPING AND TYPOLOGICAL ANALYSIS OF THE TRADITIONAL MOSQUE ROOF CROWN DESIGNS IN MALACCA)

Nurfarahhana Ismail, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli

Abstract


Abstrak 

Mahkota atap masjid merupakan hiasan berbentuk 3D yang direka dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Mahkota atap ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu mempunyai tapak asas berbentuk empat persegi, berbentuk piramid, bertingkat, dan mempunyai hiasan sudut. Namun, keunikan mahkota atap masjid kini semakin terancam dan bilangannya semakin berkurangan disebabkan segelintir masyarakat yang tidak menerima dan dikatakan tidak sesuai hiasan ini berada pada bangunan masjid kerana mempunyai motif bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, tujuan utama kertas ini adalah untuk memetakan lokasi masjid yang masih bermahkota dan klasifikasi tipologi rekaan mahkota yang terdapat pada mahkota atap masjid di Melaka. Kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif ini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta menggunakan tipologi analisis. Kajian ini dijalankan di seluruh daerah di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron jenis DJI Phantom 3 Standard untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi Google Maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Penggunaan Adobe Ilustrator juga membantu dalam menghasilkan ilustrasi visual rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil kajian telah menemui sebanyak 38 buah masjid tradisional yang masih mempunyai mahkota atap di Melaka. Hasil penemuan ini juga telah mengenal pasti beberapa jenis tipologi reka bentuk yang ditonjolkan pada rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil dapatan ini diharapkan agar perhiasan mahkota atap masjid ini tetap terus digunakan pada bangunan masjid sebagai seni perhiasan yang melambangkan identiti bagi masyarakat Islam tempatan khususnya di Melaka. 

Kata kunci: Masjid, mahkota atap, tipologi, Melaka, Islam

 

Abstract 

Roof Crown of the mosque is a 3D ornament designed in various shapes and sizes. Roof Crown has its own unique characteristics that have a basic rectangle, pyramid-shaped, terraced, and have angle decoration. However, the uniqueness of the mosque's rooftop crown is now threatened and its numbers are dwindling due to the fact that some of the people who do not accept and say that this decoration is not in the mosque building due to reasons which do not adhere to Islamic teachings. Therefore, the main purpose of this paper is to be mapping the location of the roof crown of mosque and the typological classification of the crown design found on the crown roof of the mosque in Malacca. The research method used to achieve this objective is to use qualitative methods involving library and field studies as well as using typology of analysis. This study was conducted in all districts in the State of Malacca namely Jasin, Central Malacca and Alor Gajah. The research was carried out in 360 ° visual documentation using DJI Phantom 3 Standard Dron technology to get detailed roof crown design as well as Google Maps application to map the location of the mosque. The use of Adobe Illustrator also helped to create a visual illustration of a mosque's crowning crown in Malacca. The results of this study have found that 38 traditional mosques still have a rooftop crown in Malacca. The results of this study have identified several types of design typologies that have been featured in the design of a mosque roof crown in Malacca. The findings of this study are expected to keep the crown jewel of the mosque still in use in the mosque building as an art decoration that represents the identity of the local Muslim community, especially in Malacca. 

Keywords: Roof crown, mosque, typology, Malacca, Islam

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 1979. Masjid-Masjid di Nusantara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim Nasir. 2004. Mosque Architecture in the Malay World. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Yusof dan Syaimak Ismail. 2014. Sumbangan Pertukangan Cina terhadap Reka Bentuk Masjid: Kajian Terhadap Komponen Luar Masjid di Melaka Pada Abad Ke-18. Jurnal al-Tamaddun 9(1): 57-66.

Anisah Bahyah Ahmad & Wan Kamal Mujani. 2013. Masjid Tengkera: Satu Tinjauan Terhadap Seni Bina. Prosiding Persidangan Intelektual Kebangsaan Malaysia, hlm. 49-60.

Boyd. A. 1962. Chinese Architecture and Town Planning. London: University of Chicago Press.

Graaf. H.J. de. Cetakan kedua. 2004. Cetakan kedua. Cina Muslim di Jawa Abad XV dan XVI antara Historisitas dan Mitos, terjemahan dari Chinese Muslims in Java in the 15th and 16th centuries: The Malay Annals of Semarang and Cirebon. Yogya: PT Tiara Wacana.

Handinoto dan Samuel Hartono. 2007. Pengaruh Pertukangan Cina Pada Bangunan Mesjid Kuno di Jawa Abad 15-16. Dlm. Dimensi Teknik Arsitektur 35(1): 23-40.

Kohl, David.G. 1978. Chinese Architecture in the Strait Settlements and Western Malaya. Tesis Sarjana. University of Hong Kong.

Lombard Denys. 1996. Nusa Jawa: Silang Budaya. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.

Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi Hj. Mohd Nor. 1995. Aspek-Aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mastor Surat. 2008. Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Nash Rahman. 1998. Masjid: Pembentukan dan Pembinaan Masjid-Masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Puncak Awal.

Ros Mahwati & Nik Hassan Shuhaimi. 2012. Motif Hiasan Tiga Buah Masjid Tua abad ke-18. Jurnal Arkeologi Malaysia 25: 116-130.

Zulkifli Hanafi. 1985. Konpendium Sejarah Seni bina Timur. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280