PELESTARIAN WARISAN SENI BINA MELAYU: TINJAUAN KE ATAS GUNA SEMULA ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR, PERAK THE MALAY ARCHITECTURAL HERITAGE SUSTAINABILITY: A REVIEW ON REUSING OF ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR, PERAK

Daeng Haliza Daeng Jamal, Norazlinda Rosdi, Zuliskandar Ramli

Abstract


Abstrak 

Kajian ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan ke atas usaha melestarikan seni pertukangan warisan Melayu pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Antara kaedah efektif dalam melindungi warisan pertukangan Melayu adalah menerusi pendekatan menggunakan semula bangunan bersejarah. Selain itu, dengan menggunakan semula bangunan bersejarah, secara tidak langsung dapat memanjangkan jangka hayat bangunan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kualitatif melalui kajian kepustakaan dan temu bual ke atas 4 orang pakar bidang. Temu bual dianalisis dengan mengalihkannya ke dalam bentuk transkrip dan dipecahkan kepada beberapa tema. Hasil kajian mendapati pendekatan menggunakan semula Istana Kenangan sebagai muzium telah berjaya memelihara teknologi pertukangan warisan Melayu dari diancam kepupusan. Perubahan fungsinya juga berjaya membuktikan kehebatan teknologi orang Melayu dalam pertukangan dan seni bina. Kajian ini juga menemukan, pendekatan menggunakan semula istana ini juga dapat melindungi teknik dan kaedah pembinaan serta bahan binaan yang digunakan. Di samping itu, perubahan fungsi istana ini dalam masa yang sama juga dapat memanjangkan jangka hayat istana mengikut keperluan kontemporari. Pihak-pihak bertanggungjawab pula didapati serius dalam memastikan kerja-kerja memulihara dan memelihara istana ini mengikut prosedur yang ditetapkan agar keaslian seni pertukangan tidak diganggu. 

Kata kunci: Suaiguna Semula Bangunan, Pelestarian, Istana Kenangan, Pertukangan Melayu dan warisan seni bina Melayu

 

Abstract 

This study aims to discuss findings on survey in an effort to sustain Malay heritage craftsmanship of Kenangan Palace (Istana Kenangan), Kuala Kangsar, Perak. Among an effective method in protecting Malay heritage craftsmanship is through the reuse of historic building approach. Apart from that, by reusing the building, it is also capable to expend the lifespan of a historic building indirectly. The study utilises qualitative method through the library research and conducting an interview with four (4) particular field experts. In addition, the interview was analysed by transforming the data into transcript and divided to few themes. It was found that the reuse of Kenangan Palace (Istana Kenangan) as museum had successfully protect the technology of Malay heritage craftsmanship against disastrous threats. The changes of function had also successfully proven the greatness of Malay technology in craftsmanship and architecture. This study also discovered the reuse approach of historic building enable to preserve the construction technique and method as well as material used. Besides, the changes of this palace function also capableto elongate the palace lifespan inline with the contemporary requisite. The accountable parties showed their seriousness in certifying the palace’s conservation and preservation work accordance with the predetermined procedure so that the originality of the craftsmanship been confined. 

Keywords: Reusing Historic Building, Sustainability, Kenangan Palace, Malay Craftsmanship and Malay Architectural Heritage

Full Text:

PDF

References


A. Ghafar Ahmad. 2010. Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa Hadapan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul Halim Nasir. 1985. Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Abdul Halim Nasir. 2005. Lembangan Sungai dalam Peradaban Melayu. Siri Seni & Budaya Alam dan Tamadun Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fielden, B. M. 2000. Conservation of Historic Buildings. Oxford: Butterworth Architecture.

Ikmal Hisham Albakri. 2003. Forum Pendidikan Seni Bina (Architecture Education: Towards a Global Perspective), anjuran Universiti Teknologi Malaysia, 23-24 Ogos, Park Royal Hotel, Kuala Lumpur.

Jabatan Warisan Negara (JWN). 2009. Warisan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Jessen, J. & Schneider, J. 2003. Conversions- the new normal. Dlm. Cristian Schittich (pnyt.).In Details: Building in Existing Fabric: Refurbishmnet, Extensions, New Design. Basel: Birkhauser.

Mastor Surat, Usman, Tahir, Abdul Halim Ismail & Nik Luqman Nik Ibrahim. 2009. Pendekatan Dasar Pemikiran Seni Bina Warisan Melayu Bagi Mendapatkan Keselesaan Hawa Serta Penyelesaian Masalah Iklim Dan Persekitaran Dalam Seni Bina Masa Kini. - Design + Built Journal: Jurnal Rekabentuk Dan Binaan 2: 18 - 27.

Mofidi, S. M., Moradi, A. M., & Akhtarkavan, M. 2008. Assessing sustainable adaptation of historical buildings to climate changes of Iran. 3rd IASME/WSEAS International Conference on Energy & Environment, hlm. 145-150.

Muhamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Kamaruddin Mohd Ali, Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin, Ra’alah Mohamad & Gurupiah Mursib. 2004. Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-Rumah Tradisional. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Nara Document on Authenticity. 1994. Nara: Japan.

Paiman Keromo. 2000. Garis Panduan Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. 2016. Istana Kenangan. http://www.arkib.gov.my/web/guest/istana-kenangan3 [25 November 2020].

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. 2016. Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak: 11 Januari 2016. https://www.perak.gov.my/index.php/lain-lain-artikel/519-muallim-daerah-kesebelas-negeri-perak-11-januari-2016 [25 November 2020].

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. 2016. http://www.perak.gov.my/index.php/rakyat/info-umum/ pautan-laman /18-kerajaan-negeri [25 November 2020].

Portal Rasmi Pejabat D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Negeri Perak. 2016. http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/istana/istana-kenangan [25 November 2020].

Shireen Jahn Kassim. 2017. The Resilience of Tradition – Malay Allusions in Contemporary Architectur. Penang: Areca Books.

Syed Zainol Abidin Idid. 1995. Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar: Panduan Mengenali Warisan Rupa Bandar Berasaskan Inventori Bangunan Warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.

Venice Charter. 1964. Itali: Venice.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280