PEMETAAN TAPAK MEGALITIK DI LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (MAPPING OF MEGALITIC SITES IN LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)

Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad, Siti Salina Masdey, Natasha Edreena Mohamad Nasruddin, Nur Farriehah Azizan, Muhammad Shafiq Mohd Ali

Abstract


Abstrak

Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan megalit yang wujud di Negeri Sembilan. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan megalit dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan megalit juga agak terbatas. Selain itu, penulisan ini juga membincangkan tentang taburan tapak megalitik dengan mengunakan kaedah Geografical Information System. Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah etnoarkeologi seperti yang pada kebiasaannya seringkali digunakan oleh sarjana untuk mengkaji sosiobudaya dan kebudayaan megalit. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu megalit atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup.  Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian, penyembahan atau semah, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu megalit atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

Kata kunci: Kebudayaan Megalit, ritual, super natural, sosiobudaya.

 

Abstract

This article focuses on the megalith culture that existed in Negeri Sembilan. The objective of this paper is to discuss the public's views on megalith culture among the local community, especially from a sociological and ethnoarchaeological perspective. With its widespread distribution in Peninsular Malaysia except in Negeri Sembilan and Malacca, as well as small discoveries in Perak it has also limited the knowledge or understanding of the megalith culture. In addition, this paper also discusses the distribution of megalithic sites using the Geografical Information System method. This study uses secondary sources in libraries such as books, journals or seminar papers and so on. Ethnoarchaeological methods also being applied as they are commonly used by scholars to study megalith socioculture. The results show that there are various community perspectives related to megalith stone or living stone. Among them is the concept of a living stone associated with the assumption that it has a 'spirit,' as if it were alive. But the reality is that the concept of 'living stone' is the existence of various rituals, dishes, worship or tents, the belief of supernatural or supernatural powers, a sense of honor and so on that encircles people's lives at that time. This phenomenon has indirectly caused the tradition of Megalith stone or living stone to flourish in society.

Keywords: Megalith culture, ritual, supernatural, sociocultural.


Full Text:

PDF

References


A. Jalil Osman & Othman Yatim. 1989. Sejarah Kebudayaan Megalitik (Batu Hidup) di Malaysia: Satu Pengenalan. Jurnal Arkeologi Malaysia 2:70-81.

A. Samad Idris, Abdul Muluk Daud (Dharmala NS), Haji Muhammad Tainu & Norhalim Hj. Ibrahim. 1994. Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Tanah Mengandung. Negeri Sembilan: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan Dan Kerajaan Negeri Sembilan.

A. Samad Idris. 1994. Secebis Mengenai: Adat Perpatih, Nilai dan Falsafahnya. Dlm. Tan Sri A. Samad Idris, Norhalim Hj. Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman, hlm. 41-57. Negeri Sembilan: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan Dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Anon. 2017. Kompleks Sejarah Penkalan Kempas dibaik pulih. https://www.utusan.com.my/ berita/wilayah/negeri- sembilan/ kompleks-sejarah-pengkalan-kempas-dibaik-pulih. [Diakses pada 16 Julai 2019].

Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Ruzairy Arbi & Zuliskandar Ramli. 2018. Kebudayaan megalit di Semenanjung Malaysia dari perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia 31(1):1-18.

Ameer Khan. 2018. Batu Hidup Bakal Dipindahkan ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Sinar Harian Online. 31 Januari.

Dato’ Hasnol Mohamed. 2017. Potensi Batu Megalitik Sebagai Produk Pelancongan Baru Negeri Sembilan. Kertas Kerja Seminar Batu Megalit 2017. Anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jabatan Muzium Malaysia dan Persatuan Malaysia. 21 November.

Evans, I.H.N. 1921. A Grave and Megalitic in Negeri Sembilan with Account of some Excavation. Journal of Federated Museum 23:155-173.

Hasanuddin. 2015. Kebudayaan Megalitik di Sulawesi Selatan dan Hubungannya dengan Asia Tenggara. Thesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia.

Kamarul Baharin Buyong. 1992. Archaeological and ethnological survey of megalitic culture in Kuala Pilah, West Malaysia. University Microfilms International a Bell & Howell Information Company. Tesis PhD University of Pennsylvania.

Muhamad Mahfuz Nordin. 1997. Megalitik (Batu Hidup) dan kaitannya dengan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan dan Melaka: Sudut Etno-arkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia 10: 24-94.

Mohammad Yasir Zaafar. 2009. Rahsia Batu Megalitik. Utusan Melayu. 14 Januari.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280