KAJIAN ETNOGRAFI TERHADAP KONSEP JIWA DALAM KEPERCAYAAN ORANG TEMIAR (ETHNOGRAPHIC RESEARCH ON THE CONCEPT OF SOUL IN TEMIAR’S BELIEF)

Amir Ahmad, Hamid Mohd Isa, Mokhtar Saidin

Abstract


Abstrak


Orang Temiar merupakan salah satu suku kaum masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini mempunyai keunikkan kebudayaan mereka yang tersendiri iaitu sama ada yang bercirikan budaya material ataupun non material yang seringkali bersifat abstrak, metafizik dan non emprikal. Dari segi kepercayaan, secara umumnya mereka merupakan masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan yang berkonsepkan animisme yang diwarisi daripada leluhur nenek moyang mereka. Animisme merupakan suatu konsep kepercayaan yang mempercayai dan menyakini bahawa semua kehidupan semulajadi sama ada manusia, tumbuhan, binatang dan lainnya adalah mempunyai jiwa. Maka dengan itu, makalah ini akan membincangkan tentang konsep jiwa dalam kepercayaan masyarakat Temiar. Konsep jiwa ini memberikan pengaruh yang besar dalam perjalanan kehidupan mereka bahkan sehingga juga di alam selepas kematian. Dapatan kajian ini telah diperoleh menerusi kajian lapangan yang dilakukan ke atas masyarakat Temiar yang menjalani kehidupan di Pos Kuala Mu, Lasah, Sungai Siput, Perak. Kaedah kajian etnografi telah diaplikasikan dengan melibatkan kaedah temu bual berstruktur, temu bual mendalam, rakaman audio visual, pemerhatian dan penyertaan turut serta. Hasil kajian mendapati bahawa konsep jiwa masyarakat Temiar boleh dibahagikan kepada jiwa manusia dan jiwa bukan manusia. Jiwa manusia adalah jiwa yang dimiliki oleh seseorang individu yang terdiri daripada empat jenis jiwa iaitu jiwa kepala yang dipanggil ruwai, jiwa hati atau jerek, jiwa mata atau kenlok mat dan jiwa bayang atau wog. Manakala bagi jiwa bukan manusia pula, ia dimiliki oleh haiwan dan tumbuhan yang dipanggil sebagai kahyek bagi jiwa kepala dan kenarok bagi jiwa hati serta gunung yang dipanggil sebagai puteri bagi jiwa kepala dan sarak bagi jiwa hatinya. Perbincangannya melibatkan tentang pandangan masyarakat Temiar terhadap setiap jiwa ini dan cara mereka berhubung dan menanggapi konsep jiwa ini dalam kehidupan seharian mereka.

Kata kunci: Orang Temiar, Kepercayaan, Animisme, Jiwa.

 

Abstract


Orang Temiar is one of the Orang Asli’s tribes in Malaysia Peninsular. They possess a unique culture that consists of material culture and non- material culture. From belief aspect, they belief in animism which is inheritance from their ancestors. Animism is the belief concept that believes all the natural creatures possess a soul. So, this article discuss about the soul concept in Orang Temiar’s belief. This soul concept gives a huge influence in their daily life until the life after world. Data in this research obtained through fieldwork research on Orang Temiar settlements at Pos Kuala Mu, Lasah, Sungai Siput, Perak. Ethnography research was applied that includes of the structured interview, in-depth interview, audio visual recording, observation and participant research. Result findings shows the soul concept of Orang Temiar can be divided into human soul and non-human soul. Human soul is the soul that possess by the human which is consists of the four types soul; head soul or ruwai, heart soul or jerek, eye soul or kenlok mat and shadow soul or wog. While for the non-human soul, is the soul that possess by animal, plant and mountain. For the animal and plant, its soul called as kahyek for the head soul and kenarok for the heart soul. For the mountain, its soul called as puteri for the head soul and sarak for the heart soul. The discussion is consists about the world view of Orang Temiar on this soul concept and the way they interact with this soul in their daily life.

 

Keywords: Orang Temiar, Belief, Animism, Soul

 


Full Text:

PDF

References


Agus Aris Munandar. 2007. Situs Sindangbarang Bukti Kegiatan Keagamaan Masyarakat Kerajaan Sunda (Abad 13-15 M): Laporan Hasil Penelitian Awal Bogor. Departemen Arkeologi FIB-UI.

Benjamin, G. 1967. Temiar Religion. Tesis PhD. University of Cambridge.

Benjamin, G. 2012. The Peculiar History of the Ethnonym “Temiar”. Journal of Social Issues in Southeast Asia 27: 205-233.

Benjamin, G. 2014. Temiar Religion 1964-2012: Enchantment, Disenchantment and Re-enchantment ini Malaysia’s Uplands. Singapore: NUS.

Couillard, M.A. 1979. A Jah Hut Community and Its Wood Carvings. Federation Museums Journal 24: 125-141.

Dentan, R.K. 1968. The Semai: A Non Violent People of Malaya. New York: Holt, Reinhart and Winston.

Dupre, W. 1975. Religion in Primitive Cultures: A Study in Ethnophilosophy. Mounton: Mounton & Co.

Endicott, K (1979). Batek Negrito Religion: The World View and Rituals of A Hunting and Gathering People of Peninsular Malaysia. Oxford: Oxford University Press.

Evans-Pritchard, E.E. 1965. Theories of Primitive Religion. Oxford: Clarendon Press

Freud, S. 1950. Totem and Taboo: Some Points of Agreement between the Mental Lives of Savages and Neurotics. London: Routledge & Kegan Paul.

Hamid Mohd Isa 2015. Kelangsungan dan Kelestarian Pemburu Pemungut Kontemporari Jahai di Hutan Hujan Tropika Belum-Temenggor. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Hood Salleh. 1979. The Cultural Context of Semelai Trance. Federation Museums Journal Volume 24: 107-121.

Howell, S. 1984. Society and Cosmos: Chewong of Peninsular Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

Jennings, S. 1995. Theatre, Ritual and Transformation: The Snoi Temiars. London: Routledge.

Lowie, R.H. 1948. Primitive Religion. New York: Liveright Publication Corporation.

Skeat, W.W. 1900. Malay Magic. London: Macmillan.

Skeat, W.W. dan Blagden, C.O. 1906. Pagan Races of the Malay Peninsula Volume 1. London: Frank Cass & Co. Ltd.

Skeat, W.W. dan Blagden, C.O. 1906. Pagan Races of the Malay Peninsula Volume 2. London: Frank Cass & Co.Ltd.

Stewart, K. 1947. Magico-Religious Belief and Practices in Primitive Society: A Sociological Interpretation of Their Therapeutic Aspects. Tesis PhD. London School of Economics.

Tylor, E.B. 1871. Primitive Culture. London: J.Murray.

Tylor, E.B. 1974. Primitive Culture: Researches into the Development of Mythology, Philosphy, Religion, Art and Custom. New York: Gordon Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280