KEBUDAYAAN MEGALITH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN ETNOARKEOLOGI (MEGALITH CULTURE IN PENINSULAR OF MALAYSIA FROM SOCIOCULTURAL AND ETHNOARCHAEOLOGY PERSPECTIVE)

Adnan Jusoh, Yunus Sauman@Sabin, Ruzairy Arby, Zuliskandar Ramli

Abstract


Abstrak

Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan Megalith dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan Megalith juga agak terbatas. Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah etnoarkeologi seperti yang pada kebiasaannya seringkali digunakan oleh sarjana untuk mengkaji sosiobudaya dan kebudayaan Megalith. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu Megalith atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup. Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian atau penyembahan, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu Megalith atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

Kata kunci: Kebudayaan Megalith, ritual, super natural, sosiobudaya.

 

Abstract

This article focuses on Megalith culture in Peninsular Malaysia especially in Negeri Sembilan, Melaka and Perak. The objective of this writing is to discuss the views of the community in relation to Megalith culture within the local community, especially from sociocultural and ethno-ecological perspectives. With its uneven distribution in Peninsular Malaysia except in Negeri Sembilan and Melaka, as well as small numbers of discoveries in Perak, the community's knowledge or understanding of Megalith culture is also quite limited. This study uses written materials in libraries whether books, journals or seminar papers and so on. In addition, this study also uses ethno-logical methods such as those typically used by scholars to study the sociocultural and cultural Megalith. The findings show that there are various community perspectives related to Megalith stone or live rock. Among them is the concept of living stones associated with the assumption that it has a 'spirit', as if it were alive. But the reality is that the concept of 'living stones' is meant for the existence of various rituals, offerings or worship, the belief of supernatural or super-natural power, respect and so on that surrounded the people's lives at that time. This phenomenon has indirectly led to the tradition of Megalith stone or live rocks growing in the community.

 Keywords: Megalith culture, ritual, super natural, sociocultural


Full Text:

PDF

References


A. Erwan Suryanegara, et al. 2016. Pasemah visual arts: Diversity of shapes and posture of statues. International Journal of history and cultural studies 2(2): 38-49.

Abd Aziz Rashid, Lembah Megalith di Kuala Pilah, Kertas kerja seminar Batu Megalith, 21 November 2017, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Asrul Sani Salim et. al. 2001. Laporan Kajian Tapak-tapak Megalith. JMA Wilayah Selatan. Tidak Diterbitkan.

Colling, H.D. 1937. Recent finds of Iron-Age sites in Southern Perak and Selangor. Federated Malay States. Bulletin of the Raffles Museum 1(2): 75-93.

Evans, I.H.N. 1928. On slab-built graves in Perak. Journal of the Federated Malay States Museums. 7(5): 111-119.

Harrisson, T. 1958. A living Megalitihic in Upland Borneo. The Sarawak Museum Journal VIII(12) (New Series) 27 (Old Series): 694-702.

Hasanuddin. 2016. Nilai-nilai sosial dan religi dalam tradisi Megalitik di Sulawesi Selatan. Kapata Arkeologi 12(2): 191-198.

I Made Sutaba. 1998. Living Megalithic traditions in Bali. Jurnal Arkeologi Malaysia 11: 41-50.

Ienordin Malan, Pengalaman ekskavasi tapak Megalith di Negeri Sembilan, Kertas kerja seminar Batu Megalith, 21 November 2017, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Kamarul Baharin Buyung. 1992. Archaeological and ethnological of Megalithic culture in Kuala Pilah, Malaysia. Tesis PhD, University of Pennsylvania.

Leong Sau Heng. 1991. Kubur kepingan dan alat besi bersoket: satu perbincangan kronologinya. Jurnal Arkeologi Malaysia 4: 103-115.

Mohd Supian Sabtu. 2005. Arkeologi dan kesenian dalam konteks artifak dan feature di Semenanjung Malaysia. Malaysia Dari Segi Sejarah 33: 109-131.

Mohd Supian Sabtu. 2005. Arkeologi dan masyarakat di Melaka: Data awalan berdasarkan ekskvasi terkini Megalitik di Taboh Naning. Kertas Kerja Seminar Masyarakat Melayu Melaka Meniti Zaman. Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Ayer Keroh, Melaka, 3 Oktober.

Mohd Supian Sabtu. 2006. Survei Megalitik di Melaka: Tumpuan terhadap bentuk dan susunan pada tapak terpilih di Taboh Naning dan Alor Gajah. Jurnal Arkeologi Malaysia 19: 89-119.

Mubin Sheppard. 1962. Megalithic in Malacca and Negeri Sembilan. FMJ II:71-85.

Muhamad Mahfuz Nordin. 1997. Megalitik (Batu Hidup) dan kaitannya dengan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan dan Melaka: Sudut Etno-Arkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 10: 24-94.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1988. Early history. Singapore: Archipelago Press.

Rosseau, J. 1990. Central Borneo: Ethnic identity and social life in a stratifiled society. Oxford: Clarendon Press.

Sahrul Adli Mohd Yunan et. al. 2003. Laporan Kerja-kerja Penyenaraian Semula Tapak-tapak Megalith Kali Ke-4 Sekitar Kawasan Alor Gajah dan Tampi. Jabatan Muzium & Antikuiti Wilayah Selatan. Tidak Diterbitkan.

Wagner, F.A. 1962. Indonesia: The art of an Island group. Singapore: Graham Brash Ltd.

Zuraina Majid. 1993. Archaeological excavation of three Megalithic sites in Negeri Sembilan and Melaka. PURBA 12: 1-53.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280